UMNO Beruas anjur himpunan pemikiran Melayu primitif

Written By marhain jelata on 10 Julai 2008 | 3:24:00 PG

Ketuanan Melayu haprak terus jadi agenda UMNO Beruas. Malam tadi mereka sekali lagi menganjurkan perhimpunan ketuanan haprak di arena square Pengkalan Bharu selang hanya beberapa hari selepas taklimat isu yang sama baru-baru ini.

Program malam tadi dijangka menarik lebih ramai pendengar berikutan nama sederhana besar yang dijemput sebagai penceramah iaitu bekas orang kuat Parti Keadilan, Hamdan Taha dan seorang Profesor yang tak dapat dipastikan kredibilitinya. ADUN Pengkalan Bharu, YB Dato' Hj Hamdi Abu Bakar turut menyampaikan ceramah.

Walau bagaimana pun, majlis itu hanya mampu menarik hampir 200 orang pendengar sahaja.

Semua penceramah membangkitkan isu penguasaan negeri Perak oleh kaum Cina. Menteri Besar dan lain-lain ADUN Melayu Pakatan Rakyat hanya boneka. Jiwa dan pemikiran pendengar dihasut dengan sentimen perkauman yang sangat dahsyat. Jelas bahawa UMNO cuba menggambarkan kaum Cina sedang melakukan penganiayaan terhadap orang Melayu dengan kuasa yang ada ditangan mereka sebagai kumpulan majoriti dalam kerajaan campuran negeri Perak.

Kalau bentuk ucapan-ucapan malam tadi keluar dari mulut penceramah PAS atau lain-lain parti Pakatan Rakyat, sudah pasti meletup berita mengaitkannya dengan unsur hasutan, perkauman dan ancaman terhadap ketenteraman awam. Senario penangkapan dan pendakwaan melibatkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebelum ini membuktikannya.

Namun itulah realiti Malaysia. Perkataan-perkataan itu adalah jenayah kalau penceramah PAS, PKR atau DAP menuturkannya, tetapi apabila UMNO yang cakap - no problem!

Kita layak bertanya "ke mana hilangnya SB dan penguatkuasa ketenteraman awam?". Tidakkah terpanggil untuk mengambil langkah menghalang mainan isu perkauman yang sangat merbahaya ini? Atau UMNO memang maksum dan kebal daripada penguatkuasaan undang-undang? Sama ada soalan ini adalah soalan bodoh, atau memang kebodohan telah merajai kehidupan hari ini. Wallahu a'lam.

UMNO sungguh yakin bahawa orang Melayu masih bodoh. Justeru itulah penceramah-penceramah semalam terus cuba memperbodohkan Melayu yang hadir dengan hujah-hujah bodoh dan bangang.

Pengumuman langkah memberikan hak milik tanah secara pajakan 999 tahun kepada penduduk negeri Perak yang telah puluhan tahun menduduki tanah kerajaan, sama ada di Kampung Baru (kaum Cina) atau kampung Melayu di putar secara palsu dan penuh niat jahat oleh mulut UMNO di atas pentas malam tadi.

Melayu yang hadir di takutkan dengan gambaran akan merempatlah kita sedikit hari lagi kerana hilang segala hak dan kemudahan yang kononnya dinikmati selama ini. Kerajaan bangsa Cina yang menguasai Perak seolah-olah sedang melaksanakan dasar menutup peluang orang Melayu dan membuka laluan seluas-luasnya kepada bangsa Cina untuk menguasai tanah, balak dan projek-projek negeri ini.

Sebahagian besar pendengar kelihatan memiliki jatidiri 'angguk' yang sangat baik. Provokasi sentimen yang digunakan sebagai senjata oleh penceramah nampaknya berkesan di fikiran pendengar. Jika menonton rakaman video majlis itu, Tun Mahathir pasti tersenyum kerana statementnya tentang hapraknya Melayu terbukti benar.

BAHAN FIKIR UNTUK MELAYU UMNO BERUAS

Aku dihubungi oleh seorang dua rakan daripada UMNO Beruas memberitahu bahawa mereka dah terjumpa blog ini. Sesekali mereka akan singgah juga ke blog ini walau pun hati terasa sakit. Oleh kerana anda sudi singgah maka sudilah juga kiranya membaca komen aku tentang isu ketuanan haprak ini.

nombor 1

Melayu memang dah hilang ketuanannya! Bukan hari ini tetapi sejak puluhan tahun yang lalu. Fakta sejarah yang termaktub menunjukkan UMNOlah yang telah merobohkan ketuanan bangsa di tanahair ini.

Aku tak kesah sangat dengan hal ketuanan Melayu ini. Melayu tak akan jadi kuat dengan nilai kemelayuannya. Aku berpegang teguh bahawa kalau Melayu ingin kuat, kekuatan itu ada pada Islam yang dianutinya. Satu hal lagi, kalau pun bukan Melayu yang jadi tuan, tetapi mereka adil, bertimbangrasa, tidak korup, tiada budaya kronisme dan tiada budaya nepotisme - itu lebih baik daripada Melayu jenis haprak.

Namun apabila UMNO sentimental sangat dengan igauan ketuanan Melayu ini, maka aku rasa bertanggungjawab untuk mengingatkan bangsa aku tentang fakta ketuanan Melayu yang terhakis di bumi bertuah ini.

Tolonglah buka buku sejarah. Tolonglah buka surat khabar lama. Tolonglah baca penulisan sejarah oleh pengkaji di universiti-universiti. Anda pasti berjumpa dengan fakta pengkhianatan UMNO terhadap survival politik bangsa Melayu dari sudut demokrasi pilihanraya.

UMNOlah yang membuka laluan dan memberi laluan terkangkang kepada penurunan jumlah kerusi Melayu di Parlimen. UMNOlah yang buta mata buta hati mewartakan kerusi-kerusi Parlimen baru di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu. Tambah 10 kawasan baru majoriti bukan Melayu tetapi hanya 2 kawasan majoriti Melayu. Lebih kurang begitulah berlaku setiap kali persempadanan baru kawasan pilihanraya sejak dulu hingga kini. Hasilnya hari ini bilangan kerusi Parlimen kawasan majoriti pengundi Melayu jadi kecil berbanding kerusi kawasan majoriti bukan Melayu.

Siapa yang melakukan perkara ini? Kuasa siapa yang membolehkan tambahan kawasan baru bukan Melayu itu berlaku? Jawabnya sudah tentulah UMNO!

UMNOlah pengkhianat Melayu. UMNOlah perogol maruah Melayu. UMNOlah peruntuh ketuanan Melayu.

Kalau DAP dikira sebagai musuh Melayu yang sekarang sedang melaksanakan dasar merampas hak Melayu, maka yang bersalah kerana memberikan kuasa kepada DAP ialah UMNO.

Setiap kali persempadanan semula kawasan pilihanraya, UMNO yang bijak bestari itu sanggup pecahkan satu kawasan Parlimen majoriti Cina menjadi dua kawasan. Satu kerusi jadi dua kerusi. Sekali persempadanan semula, tujuh atau lapan kawasan Cina dipecahkan. Maka yang asal hanya 7 dah jadi 14.

Malangnya, UMNO tidak mengizinkan pertambahan kerusi baru di kebanyakan kawasan majoriti Melayu terutamanya di Kelantan, Trengganu dan Kedah. UMNO tak mahu PAS dapat peluang menambah kerusi, sedangkan hampir semua calon PAS adalah sebangsa dengan UMNO iaitu bangsa Melayu.

Pertambahan kawasan majoriti Cina tidak seimbang dengan pertambahan kawasan Melayu. Hasilnya, berlakulah penguasaan DAP seperti hari ini.

Kalau DAP itu ibarat hantu, maka UMNOlah tuan hantu itu. Kalau DAP itu perampas ketuanan Melayu, maka UMNOlah yang mengandung dan melahirkan kekuatan DAP itu. Kalau DAP itu dinilai sebagai mewakili kepentingan kaum Cina semata-mata, maka UMNOlah yang membuka laluan sebenar kepada penguasaan DAP dalam kancah politik negara ... poorah UMNO!

nombor 2

Aku menyeru Melayu UMNO supaya membuka mata seluas-luasnya dan merawat minda agar kembali pulih dari penyakit kronik yang dihidapi sekian lama. Melayu memang bukan tuan dalam segala hal. Melayu dah lama jadi kuli haprak. Merempat dan bangsat.

Tolonglah tengok bangunan-bangunan di bandar dan pekan. Tak payah pergi jauh, tengoklah di pekan Beruas, pekan Pantai Remis dan pekan Air Tawar. Siapa yang memiliki bangunan dan perniagaan yang beribu macam itu? Milik Melayu kah?

Tengoklah tanah-tanah anugerah di merata kampung. Milik Cina keluasannya 4 ekar, 6 ekar hingga 10 ekar. Milik Melayu, paling luas 2 ekar kecuali yang dapat tanah felcra (lebih sikit).

Khusus untuk warga Parlimen Beruas - cuba tinjau sepanjang jalan bermula dari Batu 13 Segari hingga ke simpang Batu 12, menghala ke Ayer Tawar. Tak perasan kah betapa sepanjang hampir 30 kilometer di kiri dan kanan jalan itu, tanahnya adalah milik kaum China?

Aku tak bermaksud mempertikaikan hak mereka untuk memiliki tanah anugerah kerajaan itu. Lebih-lebih lagi ia telah diberikan puluhan tahun yang lalu.

Tapi aku nak mengingatkan Melayu UMNO yang mengigau siang malam tentang ketuanan haprak ... bahawa sesungguhnya diwaktu UMNO mengetuai pemerintahan BN dulu, merekalah yang telah melepaskan segala macam harta berharga milik negeri kepada bangsa Cina.

Apa yang UMNO buat selama 50 tahun dalam hal membangunkan keupayaan bisnes bangsa Melayu. Tidak sedarkan anda betapa gagalnya UMNO melahirkan peniaga-peniaga dari kalangan orang Melayu untuk bersaing dengan peniaga-peniaga Cina. UMNO ada kuasa tetapi tak berupaya memanfaatkan kuasa itu untuk melahirkan peniaga Melayu yang kompetitif di gelanggang terbuka.

Kalau diungkit dan didendang konon Melayu akan ketinggalan, maka sebenarnya Melayu memang telah ketinggalan sejak sekian lama, justeru kebodohan UMNO membangunkan keupayaan bangsanya dalam segala bidang. UMNO gagal dalam keadaan ada kuasa, kesempatan dan segala kemudahan untuk memajukan bangsanya.

UMNO gagal membangunkan keupayaan perniagaan bangsanya kerana peluang yang ada diagih-bolot oleh kaum kerabat dan kroni pemimpin sahaja. UMNO gagal kerana pemimpin-pemimpinnya bahagia dengan komisen dan untung belakang tabir daripada peniaga-peniaga besar yang bukan sebangsa dengannya.

Kesimpulannya UMNO adalah PENGKHIANAT BANGSA yang terbukti melalui penghakiman berdasarkan fakta. UMNO adalah PEROBOH KETUANAN MELAYU yang sebenar.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sokong100%yang umno ne cakap tak serupa bikin ada kuasa mereka guna kuasa untuk kepentingan kroni masing masing

Catat Ulasan