Pakatan Rakyat Menang!

Written By marhain jelata on 30 Jun 2008 | 5:55:00 PTG

Pengundian memilih ketua kampung Sungai Batu dan Tebok Yan telah selesai dijalankan pada hari Sabtu, 28 Jun 2008. Penduduk kedua-dua kampung telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi pengundian ini apabila 652 orang keluar mengundi di kampung Sungai Batu dan 413 orang di kampung Tebok Yan.

Pengundian terpaksa ditangguhkan selama 25 minit selepas tengahari kerana kertas undi telah kehabisan di kedua-dua kampung. Pihak pejabat penghulu mukim yang menguruskan pengundian telah menambah cetak kertas undi untuk membolehkan semua pengundi yang hadir mendapat hak untuk mengundi.

Pengundi telah memenuhi dewan pengundian sebaik sahaja masa mengundi bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Keadaan bertukar kurang sibuk antara 1.00 hingga 2.00 petang dan kembali meriah dari jam 2.00 petang sehingga tamat masa mengundi.

KG SUNGAI BATU
Calon A (Pakatan Rakyat) ... 399 undi (MENANG)
Calon B (UMNO) ................... 251 undi
Undi Rosak ............................. 2
Keluar Mengundi ................... 652
Majoriti .................................... 148

KG TEBOK YAN
Calon A (Pakatan Rakyat) ... 235 undi (MENANG)
Calon B (UMNO) ................... 171 undi
Undi Rosak ............................. 8
Keluar Mengundi ................... 413
Majoriti ................................... 64
Kaunter pendaftaran pengundi wanita di Dewan JKKK Sungai Batu
Khemah penyokong calon A (Pakatan Rakyat) di luar pusat mengundi Kg Tebok Yan
Encik Shukhairi (Penghulu Mukim Pengkalan Bharu - berbaju batek biru) dibantu oleh Encik Rusli Mansor
Encik Mohd Nazri Omar (wakil calon Pakatan Rakyat - berbaju biru) dan Encik Romainor Ramli (wakil calon UMNO) di kampung Sungai Batu
Encik Abd Kadir Mat Saleh, calon UMNO (bersongkok hitam) dan Haji Mohd Zainudi, calon PR bergambar kenang-kenangan di pusat mengundi Kg Sungai Batu
Proses pengiraan undi di Kg Sungai Batu
Haji Abu Bakar Hashim, wakil calon PR Sungai Batu menjulang tangan pemenang di Kg Sungai Batu iaitu Calon A, Haji Mohd Zainudi Mohd Amin.
Pemenang di Kg Tebok Yan, Encik Mat Wahee Awang (berbaju hijau)
5:55:00 PTG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Cadangan Untuk PAS Beruas

Written By marhain jelata on 23 Jun 2008 | 3:42:00 PG

PAS Kawasan Beruas menjemput semua pihak untuk memberikan cadangan atau pandangan kepada PAS Kawasan atau kepada PAS cawangan-cawangan sama ada berkaitan dengan organisasi parti atau urusan pentadbiran kerajaan dalam kawasan Parlimen Beruas.

Tuan/puan boleh menghantar cadangan dan pandangan itu ke alamat email berikut :

hechzeeqinairaa@gmail.com
alekbando@yahoo.com
yopongge@gmail.com
zoun611@yahoo.com


Keprihatinan tuan/puan amat dihargai.
3:42:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Ketua Kampung & JKKK Impian Kami

Written By marhain jelata on 21 Jun 2008 | 9:04:00 PTG

Saya (admin blog pasberuas) menerima pelbagai cadangan daripada penduduk kawasan Parlimen Beruas untuk dikemukakan kepada pemimpin parti dan pemimpin organisasi kampung yang akan dibentuk iaitu ketua kampung dan JKKK.

Hasrat dan harapan mereka tinggi menggunung. Terlalu banyak yang amat mereka ketahui tentang kelemahan dan kepincangan pengurusan kampung di era UMNO/BN. Sebanyak itu jugalah mereka mengetahui tentang janji dan azam yang sekian lama ditawarkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Kini mereka sedang menunggu dan memerhati dengan penuh harapan. Tertunailah hendaknya gagasan kemakmuran dan keadilan yang dijunjung selama ini.

Aduhai bakal ketua kampung dan JKKK, dengarlah rintihan dan rayuan kami! Ketua kampung dan JKKK kami ialah:

1. Pemimpin yang sentiasa mudah didekati. Mesra dan sedia mendengar cadangan, aduan, rintihan dan pendapat kami.

2. Pemimpin yang berusaha keras membimbing kami untuk hidup beriman, maju, berdaya saing dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

3. Pemimpin yang sentiasa mengambil tahu atau mengambil berat keadaan kami. Hidup atau mati, sihat atau sakit, senang atau susah, kaya atau miskin, bijak atau bodoh. Mati kami diuruskan, sakit kami dirawat, susah kami dibantu, bodoh kami diajar.

4. Pemimpin yang hebat dan indah tutur katanya. Perkataan yang lunak disambut telinga, perkataan yang memotivasi diri kami, perkataan yang menambah harga diri kami, perkataan yang mendamaikan antara kami dan perkataan yang mendekatkan kami kepada Tuhan. Bukan perkataan yang melukai gegendang telinga kami, bukan perkataan yang membunuh semangat kami, bukan perkataan yang menelanjangkan kekurangan kami, bukan perkataan yang menyemarakkan kebencian antara kami, bukan perkataan yang membawa kami ke lembah dosa, bukan berbaur ego, bukan perli, bukan memperlekehkan kami, bukan menggula-gulakan kami.

5. Pemimpin yang jauh pandangannya, besar wawasannya, teliti langkahnya, bermaklumat hujjahnya dan realistik rancangannya.

6. Pemimpin yang benar-benar milik rakyat. Berbincang dan bermesyuarat adalah budayanya. Bukan autokratik, bukan diktator, tiada veto dan bukan ‘one man show’.

7. Pemimpin yang serius menyalurkan maklumat. Bukan menyembunyi atau menapis maklumat. Kami mendapat tahu apa yang pemimpin tahu. Kami juga tahu apa yang kawan rapat pemimpin tahu. Kami juga tahu apa yang keluarga pemimpin tahu. Tiada insentif yang terlindung, tiada peluang yang disekat, tiada skim yang terhalang dan tiada peruntukan yang terhad dibolot.

Ayuh pemimpin kami! Jika tuan bagai dikata, jiwa dan raga galang ganti sokongan kami!
9:04:00 PTG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

PAS/PR Buktikan Sikap Demokratik - UMNO Buktikan Bodoh Sombong

Kerajaan Pakatan Rakyat terus membuktikan pemerintahan demokratik dengan membenarkan premis Kerajaan Negeri digunakan oleh semua pihak tanpa mengira latarbelakang kaum atau parti politik.

Hari ini, 21 Jun 2008, ADUN Pengkalan Bharu menganjurkan program penyerahan bantuan oleh Dato' Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan) di Arena Square bersebelahan Dewan Orang Ramai Pengkalan Bharu. Kerajaan Negeri serta parti-parti Pakatan Rakyat Kawasan/ Bahagian Beruas tidak menghalang penggunaan premis tersebut.

Keadaan ini amat berbeza dengan era pemerintahan UMNO/BN yang tidak pernah membenarkan parti pembangkang menggunakan premis milik Kerajaan Negeri hatta oleh ADUN pembangkang yang menang di kawasan itu.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri. Syabas PAS, PKR dan DAP Beruas kerana membuktikan semangat demokrasi.
UMNO juga berjaya membuktikan betapa 'bodoh sombong'nya mereka apabila tanpa segan silu memasang puluhan bendera BN dan bendera UMNO di sekitar kawasan dan premis yang digunakan.

Suasana hari ini amat berbeza dengan beberapa program yang dianjurkan oleh PAS sebelum ini. PAS tidak memasang bendera atau lain-lain pengenalan parti demi menjaga keharmonian masyarakat setempat yang berbeza fahaman politik. Ketika program ceramah DS Menteri Besar dan dua Exco Kerajaan Negeri di tempat yang sama bulan lalu, tiada bendera parti di pasang di tepi jalan, DOR dan Arena Square. Begitu juga ketika program ceramah Ustaz Akil Hayy dua malam yang lalu. Tiada bendera atau kain rentang berlambang parti.AJK Pas Cawangan Pengkalan Bharu, Tuan Sulong Engku Abas menyatakan bahawa ketika menguruskan penggunaan dewan untuk beberapa aktiviti selepas PR menang Mac lalu, dimaklumkan semua pihak boleh menggunakan/menyewa dewan dan Arena Square untuk sebarang program kecuali program parti. Namun begitu masyarakat setempat amat maklum bahawa UMNO seringkali mengadakan program parti di dewan ini sepanjang tempoh pemerintahan UMNO/BN sebelum ini. Walau bagaimanapun PAS sedia menerima ketetapan hanya program yang tidak bersifat 'politik parti' boleh diadakan di sini.

Malangnya UMNO tetap tak reti bahasa. UMNO tetap dengan bodoh sombongnya. Mereka masih mendabik dada mengatakan dewan ini UMNO yang membinanya. Mereka tetap tidak mahu menerima hakikat betapa mereka bukan lagi pemerintah di Negeri Perak. Mereka tetap tak dapat membezakan antara duit UMNO dan duit kerajaan.

Mereka masih samseng nak bermegah dengan bendera timbang senget dan keris telanjang yang ketinggalan zaman itu. Mereka tetap tak mampu berfikir untuk menghormati mata dan perasaan kawan sekampung. Mereka sentiasa mau orang lain menghormati mereka tetapi tak reti langsung nak menghormati orang lain.
3:52:00 PTG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Malam Penghayatan Bersama Ustaz Akil Hayy

Written By marhain jelata on 20 Jun 2008 | 12:21:00 PG

Program MALAM PENGHAYATAN BERSAMA USTAZ AKIL HAYY telah berlangsung dengan jayanya malam tadi 19 Jun 2008 di Arena Square Pengkalan Bharu dengan kehadiran lebih tiga ribu penonton.

Seperti biasa, Ustaz Akil berjaya memukau tumpuan orang ramai dengan zikir dan nasyid serta lagu-lagu yang diselang-selikan dengan syarahannya. Penyertaan peniaga pelbagai produk memeriahkan lagi program ini.
Ustaz Akil dengan gayanya yang tersendiri.
Pengacara majlis - Ustaz Shakirin Husain
Sdra Awis Kharni Husain menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dari kiri ke kanan : Ustaz Shakirin Husain, Hj Nazeer Hameed, En. Mohd Shukairi (penghulu 2) dan En. Abdul Manan (penghulu 1)Sebahagian orang ramai yang hadir.
Gerai bihun sup tetap jadi tumpuan.
12:21:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Sekitar Penamaan Calon Sg Batu & Tebok Yan

Written By marhain jelata on 19 Jun 2008 | 11:22:00 PTG

Proses penamaan calon bagi pengundian pemilihan ketua kampung Sungai Batu dan Tebuk Yan telah diadakan pada hari Isnin 16 Jun 2008 di pejabat Penghulu Mukim Pengkalan Bharu. Tiga calon hadir serentak iaitu calon-calon PAS bagi kedua-dua kampung dan calon UMNO bagi kampung Sungai Batu. Calon UMNO bagi kampung Tebuk Yan mendaftar pada hari Selasa 17 Jun.

Pengundian akan dijalankan pada 28 Jun 2008 (Sabtu).
















Calon PAS kampung Tebuk Yan, Mat Wahee Awang (berkemeja biru) dan calon PAS kampung Sungai Batu, Haji Mohd Zainudi di sebelah kiri beliau diiringi pencadang dan penyokong masing-masing melangkah ke pejabat Penghulu Mukim Pengkalan Bharu untuk proses penamaan calon.


















Kampung Tebuk Yan -
dari kiri ke kanan : AhmadZakaria (penyokong 2), Abdullah Yahya (penyokong 1), Mat Wahee Awang (calon) dan Mohd Yusof (pencadang)

















Perbincangan di antara Penghulu mukim dan calon-calon mengenai sempadan kampung untuk menentukan pengundi yang layak.

















Taklimat tatacara pengundian dan tanggungjawab ketua kampung disampaikan oleh Penghulu Mukim.


















Kampung Sungai Batu -
dari kiri ke kanan : Haji Mohd Zainudi (calon), Haji Nazeer Hameed (pencadang), Haji Abu Bakar Hashim, Ghazali Yahya, Ismail Darus dan Abdul Latif.

11:22:00 PTG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Nostalgia PAS Beruas

PAS Beruas mungkin kerdil di mata pengamat politik di seluruh pelusuk negara. Tiada nama besar dari Beruas yang pernah menjadi tokoh PAS negeri apatah lagi PAS Pusat. Tiada peristiwa besar politik yang pernah melibatkan PAS Beruas sepanjang sejarah politik negara. Di sebalik itu semua, PAS Beruas tetap istimewa. Cahaya perjuangan telah lama bertapak di sini dan terus mengharung pahit getir jatuh bangun perjuangan agama ini sepanjang zaman.

Menurut catatan sejarah PAS yang terkandung dalam buku Muktamar Tahunan PAS Pusat 1997, PAS Beruas merupakan salah satu daripada empat ‘PAS Kawasan’ yang terawal ditubuhkan di Malaysia.

Lahirnya di kampung Sungai Batu dengan nama resmi PAS Ranting Sungai Batu. Ketua pertama PAS Beruas ialah Almarhum Tuan Guru Hj Ishak (Batu 17). Pentadbiran organisasi dipimpin oleh Almarhum Ustaz Haji Mohd Saad Abdullah (Sungai Batu) selaku Setiausaha pertama. Ustaz Saad kekal bersama beberapa generasi penggerak PAS Beruas sehingga akhir hayatnya pada tahun 2007. Bendahari pertama ialah Almarhum Haji Yusof (Pantai Remis) yang telah mewariskan kepada warga Pantai Remis anak cucu yang hebat memimpin urusan agama. Ustaz Haji Azahari, Ustaz Haji Ismail dan Ustaz Haji Abdul Rahim adalah putera Haji Yusof yang masih berbakti hingga kini. Warisan ilmu itu disambung oleh cucunda beliau termasuk Ustaz Kamil, Ustaz Abdul Hadi, Ustaz Kamal dan Ustaz Badri.

Tokoh-tokoh pejuang PAS Beruas di zaman awal itu termasuk Haji Zainudin Ibrahim (Jalan Sitiawan, Beruas) yang masih berbakti hingga ke hari ini, Cikgu Johor (Batu Hampar), Haji Adnan Yusof (Trong), Ustaz Jaafar Puteh (Sungai Batu), Cikgu Haris (Beruas), ayahanda Mohamad Darus(Sungai Batu) dan Ustaz Mohd Ali (Sungai Batu).

Selain daripada mereka yang bergelar pemimpin itu, ramai lagi yang sama berganding bahu menunaikan tanggungjawab walaupun sekadar jentera bawahan. Ayahanda Ishak Man (Pak Lang Dod - Kg Tengah Panchor) di penghujung usianya beberapa tahun yang lalu sering menceritakan pengalaman generasi awal PAS yang berjuang dalam serba serbi kekurangan. Ketika itu AJK yang tinggal di sekitar Pantai Remis (Sungai Batu hingga Panchor) berulang-alik berjalan kaki ke Beruas sejauh 30 km untuk bermesyuarat. Jalan ke Beruas waktu itu perlu merentas kawasan hutan yang masih mungkin bertembung dengan binatang buas termasuk gajah liar.

Dalam serba kekurangan itu, PAS Beruas tetap tabah memikul tanggungjawab da’wah dan politik. PAS Beruas menyertai pilihanraya umum sejak awal merdeka (maklumat lengkap penyertaan dalam pilihanraya sebelum 1982 sedang diusahakan). Pada tahun 1982 PAS bertanding di tiga kerusi iaitu Parlimen Beruas (Zulkifli Abas), DUN Pengkalan Bharu (Ustaz Jaafar Puteh)dan DUN Pantai Remis (ayahanda Mohamad bin Darus). Pada tahun 1986 PAS bertanding di Parlimen Beruas (Cikgu Hasan) dan DUN Pengkalan Bharu (Ustaz Hatta). PAS memberi laluan kepada Dato’ Hj Abdul Malik daripada parti Semangat 46 untuk bertanding mewakili Angkatan Perpaduan Ummah di DUN Pengkalan Bharu pada pilihanraya 1990. Pada tahun 1995, sekali lagi PAS memberi laluan kepada calon Parti S’46, Cikgu Kamarudin Awang Teh. PAS kembali beranding di DUN Pengkalan Bharu pada tahun 1999 dengan mencalonkan Ustaz Hisham Mohd Ali. Pada tahun 2004 Parti Keadilan Nasional diberi mandat bertanding melalui calonnya Cikgu Kamarudin Awang Teh. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussin bertanding di DUN Pengkalan Bharu pada pilihanraya 2008 dan tewas dengan majoriti hanya 14 undi. Kekalahan tipis ini memberikan keyakinan untuk mengusahakan kemenangan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pentadbiran PAS Beruas sebelum 1982 hanya beroperasi di rumah pemimpin-pemimpin PAS Kawasan kerana tiada bangunan milik parti. Markaz PAS di kampung Sungai Batu adalah premis pertama dibangunkan oleh Pas Beruas sebagai pejabat pentadbiran dan pusat aktiviti. Nama-nama di sebalik pembinaan bersejarah itu ialah Ustaz Jaafar Puteh, Ustaz Haji Mohd Saad, Ustaz Mohd Ali, Ayahanda Mohamad Darus, Ayahanda Ahmad (Pak Teh Che’ Amat), Ayahanda Ahmad (Pak Long Mat Tebuk Yan), Ayahanda Ibrahim Ismail (Pak In Tebok Yan) dan Ustaz Abd Aziz Osman. Di markaz ini juga lah dimulakan kelas pendidikan pra sekolah (PASTI) pada tahun 1987 atas inisiatif utama Almarhum Ustaz Haji Mohd Saad. Kalungan penghargaan kepada pemuda Pantai Remis yang mengusahakan penyempurnaan bangunan pada tahun 1995. Seterusnya dibangunkan Musolla Taqaddum al-Umam di kampung Simpang Tiga Sungai Tuntung atas dayausaha Ustaz Mohd Ali Abdul Rahman. Musolla ini menjadi pusat aktiviti yang lebih selesa justeru saiznya yang lebih besar. Pada tahun 1997, PASTI Darul Ghuroba’ dibina di kampung Pengkalan Bharu atas daya usaha Zulkaflee Hashim, Tuan Sulong Engku Abas, Almarhum Pak Mat Beruang (maaf kerana hilang maklumat nama sebenar), Zailani Yahya, Darus Mohamad, Abdul Razak Din, Jusoh Chik dan Ustaz Husin. Almarhum Pak Mat menghembuskan nafas terakhirnya beberapa bulan setelah jatuh selepas menebang pokok kelapa di perkarangan bangunan ini. Mudah-mudahan Pak Mat digolongkan bersama syuhada’ di sisi Rabbul Jalil. Bangunan PASTI Jalan Sitiawan dan PASTI Panchor menyusul selepas itu. Menjelang pilihanraya 1999, PAS cawangan Kampung Tengah Beruas juga telah membina markaz sebagai pusat aktiviti yang resmi. Yang terakhir, markaz Batu 16 Ayer Tawar dibina pada tahun 2007.

4:44:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Memahami Fikrah Khurafat UMNO Kampung Dan Penyelesaiannya

Written By marhain jelata on 18 Jun 2008 | 5:48:00 PG

Pemerhatian umum tentang mentaliti dan budaya fikir orang UMNO di seluruh negara sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan menunjukkan bahawa mereka berfikir begini :

1. Hanya UMNO yang boleh bawa kemajuan

2. Hanya UMNO yang boleh menyelamatkan Melayu

3. UMNO itu Melayu-Islam dan Melayu-Islam itu UMNO

4. Pemimpin tertinggi UMNO memang baik dan jujur

5. Kemajuan yang ada hari ini adalah disebabkan kebijaksanaan dan usaha gigih UMNO

6. Kalau UMNO tak memerintah negara maka mundur dan hancurlah bangsa dan negara

7. Kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO adalah kecil dan patut dimaafkan – kalau parti lain memerintah, mereka pun akan berperangai serupa

8. Membangkang UMNO bererti derhaka kepada Negara

9. Menentang UMNO adalah perlakuan ‘tidak taat kepada pemerintah’ dan perkara itu amat dilarang oleh agama (oleh quran)

10. PAS pemecahbelah masyarakat

11. PAS mengamalkan Islam yang menyeleweng

12. Orang PAS berfikiran jumud

13. PAS tak mampu membawa pembangunan dan kemajuan

14. PAS nak melaksanakan hukum yang zalim dan tidak sesuai dengan masyarakat majmuk

15. Orang PAS tidak faham politik dan pentadbiran secara moden

15 perkara ini adalah antara keyakinan yang telah sebati dalam jiwa dan fikiran orang UMNO khususnya di kampung-kampung. Aqidah ini memberikan sumbangan besar kepada kemenangan UMNO dalam 12 siri pilihanraya umum sejak merdeka. Selagi tidak roboh kepercayaan karut yang ditunjangi roh sial ini, selagi itulah Malaysia tetap dalam kecelakaan ikut suka hati sekelompok pemimpin negara yang bertuan di mata beraja di hati.

Penawar untuk mengubati barah otak UMNO kampung ini memang sukar dicari. Kalau pun ada terjumpa, nak menyuapkannya ke dalam otak dan hati UMNO telah terbukti amat sukar untuk dilakukan. Pak Kaduk dan Pak Pandir pun tak semalang dan sedungu itu.

Maka, terpaksalah kita mengusahakan seribu daya dengan sejuta kehendak, demi mencari kaedah rawatan yang berpotensi membunuh virus otak yang lebih merbahaya daripada HIV ini.

Kita terbeban dengan tugas membuktikan kejahatan UMNO sepanjang zaman. Memang pun kita telah kemukakan berjuta bukti. Satu kes demi satu kes. Tapi tak ramai yang bernasib baik untuk terbuka mindanya selepas melihat bukti-bukti itu. Yang bingung terus bangang. Itulah masalahnya!

Alhamdulillah, kita diberikan amanah memerintah 4 negeri baru selepas Kelantan. Kini kita dapat peluang yang lebih luas untuk membuka minda manusia UMNO. Kesempatan mentadbir negeri seharusnya dimanfaatkan untuk menunjukkan realiti gagasan keadilan dan kebajikan yang diwar-warkan sekian lama.

Wajib kita tampilkan ketelusan pentadbiran di semua sudut. Wajib kita pastikan keadilan dalam agihan manfaat kekayaan negeri. Wajib kita atur langkah yang sungguh-sungguh progresif dalam hal pembangunan infrastruktur. Wajib kita prihatin tentang taraf hidup seluruh rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dengan cara membuka ruang dan peluang menambah pendapatan. Wajib kita tampilkan pengurusan yang sistematik dan berobjektif di semua peringkat hatta pengurusan kampung oleh JKKK. Wajib kita kuburkan semua perlakuan yang berciri membalas dendam. Wajib kita bina hubungan kemasyarakatan melibatkan semua pihak sehingga terjelma keharmonian yang ‘real’.

JKKK perlu dibangunkan sebagai team pengurusan yang profesional sesuai dengan tuntutan zaman. Budaya kerja JKKK zaman Umno yang benar-benar ‘kampung’ itu mesti dicampak ke laut. JKKK Pakatan Rakyat mestilah wujud sebagai pasukan pengurusan yang up-to-date dalam segala hal sepertimana pengurusan pentadbiran Rasulullah SAW dan Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Pengurusan yang berkesan ialah pengurusan bermaklumat. JKKK Pakatan Rakyat wajib menjalankan bancian menyeluruh untuk mengumpulkan maklumat terperinci isi kampung. Perkara yang disenaraikan di bawah ini mesti diambilkira :

1. Peta kampung yang dikemaskini secara berjadual.

2. Maklumat biodata isi rumah yang lengkap.

3. Senarai kerjaya ketua keluarga mengikut sektor/jenis

4. Maklumat kerjaya semua penduduk berumur 18 tahun ke atas.

5. Maklumat pendapatan isi rumah yang dikemaskini secara berjadual.

6. Maklumat warga kampung yang masih belajar (rendah, menengah dan IPTA/S)

7. Senarai belia lepasan sekolah (sama ada menganggur atau bekerja)

8. Senarai ibu tunggal

9. Senarai warga emas

10. Senarai anak yatim

Kelancaran pengurusan amat bergantung kepada keberkesanan penyaluran maklumat. Semua warga kampung mestilah dipermudahkan untuk memperolehi maklumat daripada jabatan/agensi kerajaan serta daripada JKKK sendiri. Penyediaan medium maklumat mestilah memenuhi keperluan sebenar. Papan kenyataan JKKK wajib ada di masjid, surau, pejabat JKKK, dewan orang ramai, kedai-kedai utama dan lain-lain tempat yang strategik. Ia mestilah dikemaskini secara tetap dan berjadual oleh petugas resmi di kalangan JKKK atau pegawai khas yang dilantik. Selain itu, masjid hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat penyebaran maklumat terutama pada setiap hari Jumaat.

Pengurusan bermaklumat dan kelancaran penyaluran maklumat akan menghasilkan produk pengurusan yang berkualiti.

Maklumat isi kampung yang terperinci akan memudahkan perbincangan JKKK untuk merancang pembangunan kampung sama ada pembangunan infrastruktur atau pembangunan manusia. Ia juga boleh menjadi asas kukuh untuk mewajarkan sebarang permohonan JKKK kepada pejabat atau agensi kerajaan. Projek yang dirancangkan boleh terlaksana dengan cepat kerana proses penyediaan rancangan yang pantas dan sokongan berfakta dalam permohonan yang dikemukakan. Keadilan akan tertegak justeru penilaian dan pemilihan dibuat berdasarkan maklumat terperinci warga kampung seperti yang telah direkodkan. Semua yang terlibat atau yang berhak tidak akan tercicir justeru penyaluran maklumat berlaku secara menyeluruh dan sistematik.

...bersambung...

5:48:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Pengundian Ketua Kampung Sg Batu & Tebok Yan : 28 Jun

Pengundian untuk memilih ketua kampung bagi kampung Sungai Batu dan kampung Tebuk Yan akan diadakan serentak pada hari Sabtu 28 Jun 2008 di DOR Sg Batu dan DOR Tebuk Yan.

Di Kampung Sungai Batu, calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Hj Mohd Zainudi Hj Mohd Amin akan ditentang oleh calon UMNO iaitu Abdul Kadir Saleh yang lebih dikenali sebagai Wahab. Calon Pakatan Rakyat (PAS) bagi kampung Tebuk Yan, Mat Wahee Awang akan ditentang oleh Abu Bakar Shaari daripada UMNO.

Pengundian akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Pengundi diingatkan agar membawa kad pengenalan ke pusat pengundian kerana mereka tidak akan dibenarkan mengundi jika tidak dapat mengemukakan kad pengenalan ketika mendaftarkan nama.

PAS Kawasan Beruas menyeru anak-anak kampung yang sedang berada di luar kawasan agar pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing. Undi anda amat berharga demi kebaikan semua warga kampung.
3:52:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Pengundian Selesai

Written By marhain jelata on 15 Jun 2008 | 1:22:00 PTG

Pengundian bagi memilih Ketua Kampung Pengkalan Bharu telah berjalan dengan lancar dari jam 9 pagi hingga 4 petang kelmarin. Pengalaman yang sungguh menarik bagi warga kampung Pengkalan Bharu kerana inilah kali pertama dapat mengundi untuk memilih ketua kampung dalam sejarah hidup masing-masing.


kedudukan petak mengundi dan peti undi lutsinar

Calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Zulkaflee Hashim berjaya menewaskan dua calon lain iaitu Azmi Mat Isa (calon persendirian) dan Haji Maznan Hamid (UMNO). Walau bagaimana pun pertandingan sebenar hanyalah di antara calon Pakatan Rakyat dan calon persendirian berikutan penarikan diri calon UMNO, Haji Maznan Hamid.

Zulkaflee Hashim (PAS - Pakatan Rakyat) : 119 undi
Azmi Mat Isa (persendirian - tidak mewakili mana2 parti) : 77 undi
Haji Maznan Hamid (UMNO - menarik diri) : 48 undi
Undi Rosak : 1
Keluar Mengundi : 245 orang


Suasana pengundian amat meriah pada waktu pagi berikutan ramai yang berkunjung ke pasar tani mingguan bersebelahan dewan pengundian.


pasar tani memeriahkan lagi suasana pengundian


pengundi mendaftar diri di meja pendaftaran

Keputusan pengundian diumumkan oleh Penghulu Mukim Pengkalan Bharu pada jam 5.15 petang dengan kehadiran calon-calon serta 100 orang petugas dan penyokong yang tetap setia menunggu sehingga selesai.

pengumuman keputusan pengundian oleh Penghulu mukim Pengkalan Bharu


orangramai mengikuti proses pengiraan undi melalui tingkap dewan



Ketua Kampung Pengkalan Bharu 2008-2010
Zulkaflee bin Hashim (45 tahun)
1:22:00 PTG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Teroka Haram Tanjung Burung ... Betulkah Cerita Ini?

Written By marhain jelata on 14 Jun 2008 | 5:18:00 PG

Heboh dibualkan cerita aktiviti penerokaan tanah secara haram di kawasan Tanjung Burung dalam mukim Pengkalan Bharu. Krew BedahSiasat pasberuas.blogspot telah meninjau kawasan tersebut dan mendapati aktiviti penerokaan memang benar berlaku. Walau bagaimana pun tiada maklumat lengkap berhubung individu atau kumpulan yang terlibat.

Kawasan yang dimaksudkan ialah kawasan dalam bulatan kuning imej satelite seperti di atas.

Penduduk sekitar kampung Pengkalan Bharu mendesak pihak berwajib supaya menjalankan siasatan dan mengambil langkah-langkah perlu untuk menghentikan penerokaan haram itu. Mereka juga memohon agar Kerajaan Negeri membuka kawasan tersebut untuk tujuan penempatan atau pertanian dengan mengagihkannya kepada warga mukim Pengkalan Bharu yang layak dan berhak.
5:18:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Lucu! Benci PAS/PKR/DAP Tapi Nak Jadi Ketua Kampung Kerajaan PR

Memang lucu, tapi itulah yang berlaku. Benar2 berlaku!

Musim pilihanraya pemilihan ketua-ketua kampung di kawasan Parlimen Beruas telah bermula. Calon PR menang selepas pengundian di Kg Ayer Tawar. Tahniah & syabas kepada Mr. Maniam yg bertungkus lumus mengangkut pengundi kaum India pada sessi pengundian tengahari dan petang. Calon PR juga menang tanpa bertanding (setakat ini) di Kg Tanjung Ara dan Kg Matang Kerian dalam mukim Pengkalan Bharu. Di mukim Beruas, Calon UMNO menang tanpa bertanding di Kg Bakar Bata dan menang selepas pengundian di Kg Kedah. Pagi nanti (Sabtu 14 Jun) pengundian akan berlangsung di Kg Pengkalan Bharu. Mudah-mudahan calon PR, Zulkaflee Hashim diberi kepercayaan oleh warga kampung Pengkalan Bharu, Sungai Tuntung dan Hujung Pasir dalam pertandingan 3 penjuru yg dijangka sengit. Isnin dan Selasa (16 & 17 Jun) adalah tarikh penamaan calon bagi Kg Sungai Batu dan Kg Tebuk Yan. Selamat maju jaya kedua2 calon PR iaitu Tuan Haji Zainudi (Sg. Batu) dan Mat Wahee @ Khairi (Tebuk Yan).

Lucu dan pelik juga apabila UMNO cawangan atau individu UMNO teringin pulak nak bertanding untuk jadi Ketua Kampung dalam keadaan mereka masih istiqomah (sesuai ke istilah ni?) dengan aqidah politik UMNO mereka.

Mereka benci PAS, benci DAP, benci DS Hj Nizar dan benci orang PAS di kampung. Mereka meragui dan mempertikaikan kemampuan PR untuk mentadbir negeri. Mereka menghentam PR siang malam pagi petang. Mereka giat menyusun semula organisasi dan jentera parti mereka untuk merampas kembali negeri Perak dalam pilihanraya akan datang. TAPI mereka teringin pulak nak jadi Ketua Kampung dalam pentadbiran Kerajaan PR yang kolot dan tak reti itu!

Bagaimana agaknya mereka nak berperanan sebagai wakil Kerajaan PR di peringkat kampung mereka. Bersediakah mereka melaksanakan tugasan yang akan diberikan oleh Kerajaan PR melalui Pegawai Daerah dan Penghulu Mukim? Realiti adalah realiti. Kerajaan Negeri pasti akan mengatur, menyusun dan menggerakkan tugasan JKKK selaras dengan prinsip dan aspirasi yang dipegang dan diperjuangkan selama ini. Bersediakah Ketua Kampung yang UMNO itu untuk memikul dan melaksanakan program serta aktiviti untuk mencapai objektif PR?

Pengurusan dan pembangunan kampung yang berjaya akan menambah-kukuhkan kekuatan PR. Sanggupkah Ketua Kampung yang UMNO itu bertungkus lumus untuk memberikan faedah politik kepada parti lawan? Tidakkah Ketua Kampung yang UMNO itu berasa kekok nanti apabila perlu ada bersama MB atau exco Kerajaan Negeri atau wakil2 Kerajaan dari parti-parti Pakatan Rakyat dalam majlis-majlis yang ucapan2 nya menonjolkan kebaikan PR dan mendedahkan keburukan UMNO/BN?

ATAU, mungkinkah mereka beranggapan bahawa bila jadi Ketua Kampung nanti, mereka tak perlu ikut arahan Kerajaan Negeri dan boleh uruskan kampung ikut suka hati dengan kehendak jiwa UMNO mereka? Mungkinkah mereka beranggapan bahawa Kerajaan Negeri tidak berhak menamatkan perkhidmatan Ketua Kampung yang UMNO itu walau pun mereka bertindak secara bertentangan dengan kehendak Kerajaan Negeri?

ATAU, mungkinkah UMNO yang nak jadi Ketua Kampung itu memang bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan berganding bahu dengan parti-parti PAS/DAP/PKR di kampung mereka untuk melicinkan pentadbiran Kerajaan Negeri? Mungkinkah UMNO yang nak jadi Ketua Kampung tu beranggapan bahawa mereka tak perlu peduli kepada cawangan PAS/DAP/PKR di kampung mereka apabila melaksanakan tugas sebagai Ketua Kampung nanti. Mungkinkah UMNO yang nak jadi Ketua Kampung tu beranggapan bahawa PAS/DAP/PKR di kampung tak boleh usik mereka setelah menang sebagai Ketua Kampung?

Memang pertandingan bagi jawatan Ketua Kampung terbuka kepada semua anak kampung tak mengira parti. Itulah yang diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri dan memang itulah realiti dari sudut pentadbiran kerajaan. Tetapi ada satu sudut lagi yang perlu diakui iaitu realiti politik. Dari sudut pentadbiran, siapa saja layak bertanding. Namun pentadbiran dalam konteks berkerajaan tidak dapat dipisahkan dengan politik kerana parti-parti politiklah yang membentuk kerajaan. Waktu BN memerintah, orang UMNO jadi Ketua Kampung. Memang selayaknya begitu kerana hanya Ketua Kampung yang UMNO sajalah yang boleh menggerakkan hasrat kerajaan UMNO. Ganjil dan mual rasanya kalau orang PAS atau PKR terhegeh-hegeh nak jadi Ketua Kampung dalam Kerajaan UMNO/BN. Begitu jugalah apabila yang jadi kerajaan itu ialah Pakatan Rakyat. Sepatutnya hanya orang Pakatan Rakyatlah yang wajar menjadi Ketua Kampung justeru tugas yang nak digalas itu harus menepati hasrat kerajaan Pakatan Rakyat.

MALANGnya, manusia UMNO tak upaya berfikir sebegitu. Pangkat dan peluang sememangnya perkara yang dikejar DULU, KINI dan SELAMANYA. Manusia UMNO gagal memahami realiti politik kepartian. Manusia UMNO failed dalam matapelajaran demokrasi berparti.

Secara bertulis memang pemilihan Ketua Kampung diserahkan kepada warga kampung untuk berbincang, menilai dan mengambil keputusan untuk memilih individu yang layak. Bukannya macam zaman kuno (zaman UMNO/BN memerintah) dulu apabila Ketua UMNO Bahagian berkuasa mutlak untuk tunjuk sesiapa yang dikehendakinya tanpa mempedulikan kemahuan majoriti penduduk kampung. Jangankan kehendak penduduk kampung, kehendak majoriti ahli UMNO cawangan pun tak dihiraukan oleh Ketua Bahagian.

Secara berpijak di bumi nyata, pemilihan itu diserahkan kepada warga kampung. Semua yang berumur 18 tahun ke atas, berhak menyatakan pendiriannya melalui kertas undi. Tetapi siapa yang nak dipilih? Manusia yang matang kefahamannya tentang politik dan pentadbiran kerajaan, pasti mengakui BAHAWA individu yang layak untuk dipilih mestilah di kalangan ahli-ahli atau penyokong parti-parti yang membentuk kerajaan. Kalau kerajaan tu kerajaan UMNO, pilihlah orang UMNO. Kalau kerajaan tu kerajaan PR, pilihlah orang PR sama ada orang PAS atau PKR (orang DAP tak berminat) ... SEBAB ... Ketua Kampung perlu menjiwai dan menjunjung objektif dan aspirasi kerajaan yang memerintah. Kalau dia tak sokong parti-parti yang membentuk kerajaan, apatah lagi kalau sungguh2 anti dan membenci parti-parti itu, siumankah kalau dia masih hidung tak mancung pipi tersorong-sorong nak juga jadi Ketua Kampung?

Entahlah ..... dunia ini memang pelik! Lucu dan menggelikan hati.
3:25:00 PG | 3 ulasan | Baca sepenuhnya

Tazkirah 7 - Kesalahan Besar Yang Mesti dijauhi oleh Pendokong Jamaah : 1. Sombong (Takabbur)

Written By marhain jelata on 13 Jun 2008 | 2:29:00 PG

Kesalahan utama dan paling buruk jika menimpa akar umbi kebaikan ialah kesombongan, menurut kata hati dan memuji diri. Penyakit ini datang dari desakan syaitan dan hanya sesuai dengan dunia kejahatan. Tiada amalan soleh yang boleh dilakukan dengan desakan ini kerana 'kebesaran' adalah milik Allah semata-mata manakala 'kesombongan' manusia adalah jenayah yang nyata.

Hasil penyakit ini ialah hilangnya keberkatan dan pupus peluang untuk mendapat hidayah. Pengidap akan berterusan melakukan kebodohan dan perlakuan tanpa fikir sehingga semua langkah hanya mengakibatkan kemusnahan kepada diri dan jamaah.

Kemusnahan itu ditambah pula dengan timbulnya kebencian masyarakat terhadap jamaah dan usaha jamaah disebabkan kesombongan yang ditunjukkan oleh si pengidap.

Penyakit ini menjalar ke dalam jamaah melalui beberapa saluran. Mulanya, ia menyerang hati kecil individu apabila komitmen agama dan maruahnya dirasakan lebih baik daripada ahli yang lain dan masyarakat sekeliling. Kuman ini mengakibatkan si pengidap merasakan bahawa orang lain perlu menerima khidmatnya serta patut sekali dirinya dipuji oleh pihak lain.

Pada peringkat ini, syaitan akan meletakkan ke dalam pemikiran si pengidap bahawa dia lebih penting daripada orang lain. Seterusnya, apa yang ada di dalam pemikiran itu akan keluar melalui lidah dan perbuatan.

Selain itu, ada ketikanya individu yang melaksanakan tugas jamaah mendapat tempat di mata orang lain kerana kebaikan dan kesungguhannya. Namun akibat kelalaian menjaga diri dari hasutan syaitan, penghormatan itu mengakibatkan timbul kesombongan dan sifat menurut kata hati.

Usaha membebaskan diri dari penyakit ini perlu dilakukan oleh setiap ahli jamaah, khususnya penggerak dan pelaksana. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara, di antaranya:-

1. Berusaha memahami dan memasukkan konsep pengabdian diri hanya kepada Allah dengan kukuh ke dalam diri. Tiada yang lebih Akbar dari Allah, dan jangan lupa kepada hakikat bahawa kebesaran dan takabbur hanyalah hak istimewa Allah.

2. Berusaha menyelidik diri sendiri dengan menilai kebaikan diri secara kritis serta menginsafi dosa, kesalahan dan kekurangan diri yang pasti ada sehingga kita sibuk dengan urusan memohon keampunan dari Allah. Keadaan ini menyebabkan rasa bangga tidak berpeluang meresap ke dalam diri.

3. Berusaha menjaga ketinggian peribadi. Setiap orang wajib memastikan tidak terperangkap menghitung kerendahan kedudukan orang lain dalam ilmu, pengalaman dan kebolehan kerja sebagai penentu bahawa dirinya lebih tinggi daripada orang lain.

Manusia yang dikehendaki oleh Allah untuk mencapai peningkatan iman, akan sentiasa memandang ke atas melihat orang lain yang lebih baik, dan bukannya membongkok ke bawah melihat orang lain yang kurang kebaikannya. Tabiat ini akan mengelakkan tiupan rasa bangga dan sombong dengan apa yang telah dibuat dan dicapai oleh diri sendiri.
2:29:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Ubat Gegat Bantu Jimatkan Petrol!

Percaya atau tidak? Nak percaya pun boleh, tak mau percaya pun no problem!

Ramai yang telah menggunakan ubat gegat sebagai bahan tambahan untuk menjimatkan penggunaan petrol kenderaan mereka. Rasanya semua orang tahu apa bendanya "ubat gegat" tu. Kalau yang menggunakan nama lain bagi benda tu, harap maklum bahawa ubat gegat tu ialah benda/bahan yang digunakan untuk menghindarkan lipas daripada berumahtangga di dalam almari di rumah kita. Biasanya ia berbentuk bulat berwarna putih lebih kurang saiz guli kaca yang kita main masa kecik2 dulu, tetapi sekarang ni ada bermacam bentuk dan bermacam warna.

Menurut cerita kawan2 yang dah lama menggunakan teknik ini, mereka memasukkan 1 biji ubat gegat bagi setiap 10 liter petrol yang diisi. Kalau kita isi RM50 pada harga sekarang, jumlah liternya ialah 18.51l. Maka kenalah kita masukkan 2 biji ubat gegat tu.

Amaran! Pastikan anda memasukkan ubat gegat tu 1/2 jam - 1 jam sebelum memulakan perjalanan supaya ia cair(hancur) di dalam petrol terlebih dahulu.

Menurut sumber yang sama, kadar penjimatan yang berlaku ialah sekitar 30%. Kalau kita biasanya memerlukan RM100 (37 liter) untuk petrol bagi satu perjalanan, dengan penggunaan ubat gegat kita hanya perlu mengisi petrol sebanyak RM70 (26 liter) sahaja + 3 biji ubat gegat. Harga petrol yang dijimatkan ialah RM30 ditolak RM0.5 harga 3 biji ubat gegat, kita masih dapat berjimat sebanyak RM29.50. Penjimatan yang hebat!

Maklumat yang tak dapat nak dipastikan kesahihannya menyebut bahawa kebanyakan produk untuk menjimatkan petrol yang dijual pun sebenarnya dibuat daripada bahan asas (kimia) yang sama dengan bahan asas ubat gegat. Wallahua'lam.

Pengalaman mencampurkan ubat gegat ke dalam petrol setakat ini tidak menunjukkan sebarang kesan masalah terhadap enjin kenderaan. Sekiranya kita bimbang tentang kerosakan yang mungkin berlaku, sila cuba pada motosikal terlebih dahulu.

Kalau yakin - amalkan. Kalau tak yakin - jangan gunakan!
1:51:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Tazkirah 6 - Persaudaraan - Syura - Tatatertib - Teguran Membina

Written By marhain jelata on 10 Jun 2008 | 5:39:00 PG

- sambungan siri 5 -

Ukhuwwah

Ahli-ahli jamaah Islam wajib mengikat diri dengan kasih sayang sejati sesama mereka. Setiap seorang hendaklah mempunyai semangat sedia berkorban untuk kebaikan bersama. Mereka umpama sebuah bangunan - kekuatannya adalah pada susunan batu-bata yang dilekatkan oleh campuran simen. Jamaah hanya akan kuat sekiranya wujud tautan hati di antara anggotanya.

Unsur yang membawa kepada pertautan hati ini ialah:-

1. Kasih sayang yang suci.
2. Sifat bertimbang rasa yang murni.
3. Baik sangka dan bersemangat untuk berkorban sesama sendiri.

Persahabatan yang bersalut sifat tamak akan melahirkan pertelingkahan. Jamaah yang kuat hanya boleh wujud apabila ahli-ahlinya berfikir dengan penuh keikhlasan dan mereka sungguh-sungguh mencintai matlamat yang dituju. Kesungguhan mengejar matlamat dan keikhlasan berfikir akan menyemai rasa kasih sayang dan amanah di kalangan ahli. Jamaah sebegini umpama acuan keluli yang syaitan tidak akan dapat mencari walau satu lubang pun untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan.

Syura

Salah satu asas jamaah ialah segala kerja dilaksanakan setelah melalui syura/musyawarah. Semua gerak kerja mestilah melalui dan mematuhi peraturan-peraturan musyawarah itu. Jemaah yang dianggotai oleh manusia degil yang bertindak mengikut pendapat masing-masing, tidak layak dinamakan sebagai jamaah Islam. Ia hanya sebuah kumpulan gotong royong yang tidak akan berjaya menghasilkan gerak kerja yang benar-benar berkesan.

Jamaah akan ditimpa nasib buruk apabila seorang ahli atau beberapa orang ahli yang ada pengaruh bertindak menggabungkan diri membentuk satu kumpulan kecil dan mengarahkan orang lain menjalankan perintah mereka secara berlawanan dengan keputusan syura.

Gerakan yang berkesan hanya mampu dicapai melalui musyawarah sahaja kerana dengan cara ini ramai yang dapat tumpang berfikir dengan bijaksana mengenai segala kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sehingga menghasilkan keputusan terbaik.

Salah satu faedah musyawarah ialah apabila pendapat semua orang dipertimbangkan sebelum rumusan dibuat, maka seluruh jentera gerak kerja akan melaksanakan keputusan musyawarah itu dengan bersungguh-sungguh. Tiada seorang pun merasa bahawa dia telah dibebankan.

Musyawarah juga memberi peluang agar pelbagai aspek bagi sesuatu perkara atau masalah itu dikaji sedalam-dalamnya. Setiap yang terlibat akan benar-benar merasa bertanggungjawab mengambil berat segala rencana kerja jamaahnya. Hasilnya, semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab berdasarkan keputusan mesyuarat dengan cepat dan tidak berlengah.

Dalam majlis musyawarah, setiap orang hendaklah memberikan pendapatnya dengan ikhlas serta tidak menyembunyikan apa yang ada di fikirannya. Ahli mesyuarat juga wajib menyingkirkan sifat kedegilan di dalam diri untuk mengelakkan suasana perbincangan yang tidak sihat.

Apabila keputusan telah diambil, sesiapa saja yang mempunyai pendapat yang bertentangan dengan keputusan itu wajib menerimanya dengan hati yang terbuka. Mereka tidak wajar mendesak supaya pendapat mereka juga yang mesti diterima.

Musyawarah yang tidak berdiri di atas unsur-unsur ini adalah sia-sia kerana ia hanya memungkinkan berlakunya pertelingkahan dalam jamaah.

Tatatertib

Amal jama'ie ditunjangi oleh tatatertib yang berpanjangan, kerjasama yang baik dan semangat suka bertindak secara jama'ie (team spirit).

Walau pun sesebuah jamaah itu mempunyai banyak unsur-unsur kebaikan, ia akan gagal apabila tidak dapat melaksanakan apa yang dirancang. Organisasi mungkar boleh mencapai tujuan mereka dengan kekuatan dalam keadaan ikatan yang penuh kepura-puraan, tetapi jamaah Islam hanya akan mencapai tujuan melalui usaha yang ikhlas dan berdisiplin. Seluruh jentera amal jama'ie wajib bertindak mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh jamaah itu sendiri.

Setiap amilin hendaklah menjalankan tanggungjawabnya mengikut bidang dan ruang kuasa masing-masing mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Setiap petugas juga wajib menginsafi bahawa mereka patut berusaha melaksanakan tugasan tanpa lengah. Setiap yang terlibat perlu bekerjasama erat untuk memaksimumkan keberkesanan kerja.

Jamaah yang memiliki suasana dan budaya kerja ini akan berhasil merealisasikan sesuatu rancangan itu sehingga berjaya. Jamaah yang terbentuk tanpa ciri ini tidak akan berjaya menyelaras atau melicinkan perjalanan pentadbirannya dan tidak akan dapat melaksanakan rancangan sehingga berjaya.

Teguran Membina

Jamaah Islam mesti mempunyai suasana yang membenarkan teguran-teguran membina diberikan oleh semua pihak dengan cara dan adab yang dibenarkan oleh syara'.

Jamaah yang hanya dianggotai oleh pak turut akan terdedah kepada pelbagai kesilapan walau pun mereka sedang melalui jalan yang benar. Akibatnya kelemahan yang ada akan berterusan tanpa langkah memperbaikinya sehingga jamaah tidak bertambah maju dari segala sudut.

Tiada perkara lain yang lebih merosakkan kesihatan sebuah jamaah Islam melainkan lemahnya semangat tegur menegur di kalangan anggotanya.

Syarat terpenting bagi sesuatu teguran itu ialah ia hendaklah dilakukan bukan dengan matlamat untuk mencungkil kesilapan semata-mata. Teguran hendaklah dikemukakan dengan tujuan membawa pembaharuan ke arah kebaikan.

Setiap ahli yang ingin menegur wajib sedar dan mengetahui cara-cara (adab-adab) yang sewajarnya dalam menyuarakan teguran.

Kemurnian teguran boleh mendatangkan bahaya, sama seperti bahaya yang dibawa oleh musuh, apabila ia hanya bertujuan untuk mencungkil dan mendedahkan kesilapan pihak lain. Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi apabila teguran itu didorong oleh kepentingan diri.
5:39:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Panduan Teknik Mengisi Petrol !!!

Terima kasih kepada sarep kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna ini. Tips ini diambil daripada forum utaraonline .

1. Isi petrol pada waktu awal pagi ketika suhu di bawah permukaan tanah masih sejuk.

2. Ketika mengisi petrol, lakukan dengan kelajuan paling rendah.

3. Isi petrol ketika tangki petrol kereta anda separuh penuh.

4. Jangan mengisi petrol ketika lori tangki sedang mengepam petrol ke dalam tangki di stesen.

Percayalah bahawa langkah-langkah di atas sangat membantu memberikan nilai terbaik kepada petrol yang ada isikan (beli) ke dalam tangki petrol kereta anda.

Untuk maklumat terperinci, sila baca tulisan asal di utaraonline atau klik DI SINI.

Selamat Berjimat!
5:13:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Tazkirah 5 - Penda'wah Juga Adalah Manusia - Sama Seperti Orang Yang Diseru

Written By marhain jelata on 04 Jun 2008 | 5:08:00 PG

Kita adalah manusia - kadangkala benar, kadangkala salah. Secara fitrah, manusia boleh sependapat dalam satu masa tetapi di masa yang lain mereka mungkin berbeza pendapat. Keadaan ini merupakan perkara biasa bagi sesiapa saja di pelbagai bidang kerja dan usaha manusia.

Namun di bawah naungan cinta kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah serta dorongan keikhlasan bersama tajarrud (membulatkan diri kepada Allah), segala kesalahan boleh diperbetulkan, setiap perbezaan pendapat boleh ditautkan, diselaras dan dirumuskan. Keadaan ini melahirkan budaya tolong menolong di antara kita semua.

Perbezaan pendapat dalam sesuatu perkara adalah tidak merbahaya selagi ditauti oleh rasa cinta dan kasih sayang. Sebaliknya, jika perbezaan itu ditonjolkan oleh manusia yang mempunyai kepentingan dan dikobarkan dalam suasana marah serta keinginan menghukum atau membela diri, merasa mulia melakukan dosa dan ta'ajjub pada diri sendiri, maka syaitan akan masuk campur dan melahirkan perpecahan. Akhirnya segala usaha menjadi hancur berantakan. Banyak waktu terpaksa dihabiskan untuk memuaskan nafsu perbalahan dan usaha perdamaian. Sekiranya perbalahan berterusan maka urusan dan kepentingan da'wah akan terkorban.

Kesalahan dalam perkara konsep diikuti dangkalnya kefahaman mengakibatkan penda'wah tergelincir lagi terpesong fikrah dan harakiahnya. Jika kegelinciran itu tidak dibendung, ia akan bercambah biak mengakibatkan pelbagai kegiatan dan tindakan fasad kecuali jika Allah memberikan rahmatNya dan melorongkan hamba-hambaNya yang terlibat itu kepada sirat al-mustaqim.

"Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, lalu kamu dicerai-beraikan dari jalanNya. Demikianlah Allah mewasiatkan kepadamu agar kamu bertaqwa." Al-An'am 153.

"Setiap pendokong gerakan Islam hendaklah sentiasa memperbaiki akhlaq serta mempertingkatkan ilmu di samping sering bermuhasabah memeriksa diri sendiri." - "Iklim peribadi dan jamaah secara langsung mencerminkan suatu da'wah yang boleh menarik dan memikat masyarakat untuk bersama mendokong perjuangan PAS." - "Ahli-ahli PAS berkewajipan melahirkan tanggapan positif masyarakat terhadap PAS. Mereka wajib mempertahankan nama baik jamaah ini sehingga segala prasangka dan tanggapan negatif masyarakat terhadap jamaah dapat dihapuskan." petikan ucapan dasar Presiden - Mu'tamar tahunan ke 40 - 10 Jun 1994 di Masjid Rusila Terengganu.

Justifikasi petikan ini ialah segala prasangka dan tanggapan negatif masyarakat terhadap PAS hanya akan dapat dihapuskan apabila ahli-ahli jamaah (khususnya petugas gerak kerja) berupaya menjadi model kepada semua mata yang memandang disekelilingnya. Keadaan ini hanya dapat dicapai sekiranya usaha memperbaiki akhlaq dan mempertingkatkan ilmu berjalan secara berterusan.

Kejayaan dan keberkesanan proses ini pula bergantung kukuh kepada satu mekanisme utama iaitu muhasabah diri atau memeriksa diri sendiri. Suburnya amalan ini akan mempercepatkan pembentukan individu dan jamaah contoh yang dicita-citakan. Pengabaian mekanisme ini akan mengakibatkan penda'wah atau pelaksana gerak kerja jamaah merasa berpuas hati dengan kualiti dirinya lalu terjadilah perkembangan yang statik sifatnya dalam hal meningkatkan nilai diri untuk menjadi aset utama jamaah.

Tidak melatih diri membudayakan self-inspection menyebabkan kita terperangkap untuk merasa bahawa diri kita adalah yang terbaik, sedangkan 'sesiapa yang menganggap dirinya pandai maka dia telah menjadi bodoh' - Mustafa Masyhur - Toriq Ad-Da'wah.

Budaya hisbah ini hendaklah disandarkan kepada beberapa asas utama jamaah yang telah sedia digariskan oleh ulama' serta panduan pengawasan anasir negatif yang ditekankan secara bersungguh-sungguh dalam kajian-kajian jama'ie.

Al-Maududi menegaskan di dalam kitabnya 'Pra-Syarat Kejayaan Harakah Islamiyah' bahawa asas-asas utama jamaah Islam ialah:

1 - Persaudaraan (Ukhuwwah)
2 - Musyawarah (Syura)
3 - Tatatertib (Disiplin)
4 - Teguran Membina (dalam konteks Hisbah)

.... perinciannya dalam siri akan datang ....

5:08:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Tajol & The Gang habiskan RM8 juta dalam masa 2 bulan

Written By marhain jelata on 01 Jun 2008 | 9:34:00 PTG


Tajol mesti jelaskan kemana wang RM8Juta itu dibelanjakan dalam tempoh dua bulan sahaja sewaktu pilihanraya yang lalu


Kerajaan Perak mahu kerajaan yang lepas, Barisan Nasional menjelaskan bagaimana RM8 juta dana pembangunan bagi tahun ini dibelanjakan dalam tempoh tidak sampai 3 bulan.

Anggota exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, kerajaan Pakatan Rakyat amat terkejut sekali terhadap cara penggunaan dana, yang diperuntukan bagi projek-projek kecil telah di gunakan sebelum atau pada 8 Mac waktu kempen pilihanraya yang baru lalu.

Dana tersebut, katanya , merupakan peruntukan RM75,000 bagi setiap ahli dewan Barisan Nasional dengan tambahan RM100,000 yang diberikan kepada setiap ahli exco negeri.

“Rakyat mengesyakki dana tersebut telah digunakan dalam kempen pilihanraya yang lalu.”

“Kami belum menuduh mereka lagi, tetapi kami mahu mereka memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut,” jelas Ngeh dalam satu sidang media semalam.

.... baca selanjutnya di detikdaily

9:34:00 PTG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya