Tahniah Qari dan Qariah Perak!

Written By marhain jelata on 11 Julai 2008 | 10:07:00 PTG

Qari dan qariah Perak diumumkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan 1429/2008 sebentar tadi. Majlis kali ini diadakan di negeri Kedah Darul Aman. Kemenangan bersih negeri Perak melalui kedua-dua wakil qari dan qariah ini merupakan sejarah bagi negeri Perak. Syabas Perak!
Johan qari ialah Al-Fadhil Ustaz Shamsul Arifin Hj Sufian manakala johan qariah ialah pelajar Akademi Al-Quran, Sharifah Khasif Mohd Badiuzzaman yang juga naib johan tahun lalu.

Penulis muatkan di sini sekeping foto Ustaz Shamsul Ariffin pada tahun 1978 ketika mengetuai kumpulan nasyid Sekolah Izzuddin Shah Ipoh dalam satu majlis di Sekolah Raja Perempuan Ipoh.

0 ulasan:

Catat Ulasan