
Tahniah Qari dan Qariah Perak!
Written By marhain jelata on 11 Julai 2008 | 10:07:00 PTG

UMNO Beruas anjur himpunan pemikiran Melayu primitif
Written By marhain jelata on 10 Julai 2008 | 3:24:00 PG
Program malam tadi dijangka menarik lebih ramai pendengar berikutan nama sederhana besar yang dijemput sebagai penceramah iaitu bekas orang kuat Parti Keadilan, Hamdan Taha dan seorang Profesor yang tak dapat dipastikan kredibilitinya. ADUN Pengkalan Bharu, YB Dato' Hj Hamdi Abu Bakar turut menyampaikan ceramah.
Walau bagaimana pun, majlis itu hanya mampu menarik hampir 200 orang pendengar sahaja.
Semua penceramah membangkitkan isu penguasaan negeri Perak oleh kaum Cina. Menteri Besar dan lain-lain ADUN Melayu Pakatan Rakyat hanya boneka. Jiwa dan pemikiran pendengar dihasut dengan sentimen perkauman yang sangat dahsyat. Jelas bahawa UMNO cuba menggambarkan kaum Cina sedang melakukan penganiayaan terhadap orang Melayu dengan kuasa yang ada ditangan mereka sebagai kumpulan majoriti dalam kerajaan campuran negeri Perak.
Kalau bentuk ucapan-ucapan malam tadi keluar dari mulut penceramah PAS atau lain-lain parti Pakatan Rakyat, sudah pasti meletup berita mengaitkannya dengan unsur hasutan, perkauman dan ancaman terhadap ketenteraman awam. Senario penangkapan dan pendakwaan melibatkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebelum ini membuktikannya.
Namun itulah realiti Malaysia. Perkataan-perkataan itu adalah jenayah kalau penceramah PAS, PKR atau DAP menuturkannya, tetapi apabila UMNO yang cakap - no problem!
Kita layak bertanya "ke mana hilangnya SB dan penguatkuasa ketenteraman awam?". Tidakkah terpanggil untuk mengambil langkah menghalang mainan isu perkauman yang sangat merbahaya ini? Atau UMNO memang maksum dan kebal daripada penguatkuasaan undang-undang? Sama ada soalan ini adalah soalan bodoh, atau memang kebodohan telah merajai kehidupan hari ini. Wallahu a'lam.
UMNO sungguh yakin bahawa orang Melayu masih bodoh. Justeru itulah penceramah-penceramah semalam terus cuba memperbodohkan Melayu yang hadir dengan hujah-hujah bodoh dan bangang.
Pengumuman langkah memberikan hak milik tanah secara pajakan 999 tahun kepada penduduk negeri Perak yang telah puluhan tahun menduduki tanah kerajaan, sama ada di Kampung Baru (kaum Cina) atau kampung Melayu di putar secara palsu dan penuh niat jahat oleh mulut UMNO di atas pentas malam tadi.
Melayu yang hadir di takutkan dengan gambaran akan merempatlah kita sedikit hari lagi kerana hilang segala hak dan kemudahan yang kononnya dinikmati selama ini. Kerajaan bangsa Cina yang menguasai Perak seolah-olah sedang melaksanakan dasar menutup peluang orang Melayu dan membuka laluan seluas-luasnya kepada bangsa Cina untuk menguasai tanah, balak dan projek-projek negeri ini.
Sebahagian besar pendengar kelihatan memiliki jatidiri 'angguk' yang sangat baik. Provokasi sentimen yang digunakan sebagai senjata oleh penceramah nampaknya berkesan di fikiran pendengar. Jika menonton rakaman video majlis itu, Tun Mahathir pasti tersenyum kerana statementnya tentang hapraknya Melayu terbukti benar.
BAHAN FIKIR UNTUK MELAYU UMNO BERUAS
Aku dihubungi oleh seorang dua rakan daripada UMNO Beruas memberitahu bahawa mereka dah terjumpa blog ini. Sesekali mereka akan singgah juga ke blog ini walau pun hati terasa sakit. Oleh kerana anda sudi singgah maka sudilah juga kiranya membaca komen aku tentang isu ketuanan haprak ini.
nombor 1
Melayu memang dah hilang ketuanannya! Bukan hari ini tetapi sejak puluhan tahun yang lalu. Fakta sejarah yang termaktub menunjukkan UMNOlah yang telah merobohkan ketuanan bangsa di tanahair ini.
Aku tak kesah sangat dengan hal ketuanan Melayu ini. Melayu tak akan jadi kuat dengan nilai kemelayuannya. Aku berpegang teguh bahawa kalau Melayu ingin kuat, kekuatan itu ada pada Islam yang dianutinya. Satu hal lagi, kalau pun bukan Melayu yang jadi tuan, tetapi mereka adil, bertimbangrasa, tidak korup, tiada budaya kronisme dan tiada budaya nepotisme - itu lebih baik daripada Melayu jenis haprak.
Namun apabila UMNO sentimental sangat dengan igauan ketuanan Melayu ini, maka aku rasa bertanggungjawab untuk mengingatkan bangsa aku tentang fakta ketuanan Melayu yang terhakis di bumi bertuah ini.
Tolonglah buka buku sejarah. Tolonglah buka surat khabar lama. Tolonglah baca penulisan sejarah oleh pengkaji di universiti-universiti. Anda pasti berjumpa dengan fakta pengkhianatan UMNO terhadap survival politik bangsa Melayu dari sudut demokrasi pilihanraya.
UMNOlah yang membuka laluan dan memberi laluan terkangkang kepada penurunan jumlah kerusi Melayu di Parlimen. UMNOlah yang buta mata buta hati mewartakan kerusi-kerusi Parlimen baru di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu. Tambah 10 kawasan baru majoriti bukan Melayu tetapi hanya 2 kawasan majoriti Melayu. Lebih kurang begitulah berlaku setiap kali persempadanan baru kawasan pilihanraya sejak dulu hingga kini. Hasilnya hari ini bilangan kerusi Parlimen kawasan majoriti pengundi Melayu jadi kecil berbanding kerusi kawasan majoriti bukan Melayu.
Siapa yang melakukan perkara ini? Kuasa siapa yang membolehkan tambahan kawasan baru bukan Melayu itu berlaku? Jawabnya sudah tentulah UMNO!
UMNOlah pengkhianat Melayu. UMNOlah perogol maruah Melayu. UMNOlah peruntuh ketuanan Melayu.
Kalau DAP dikira sebagai musuh Melayu yang sekarang sedang melaksanakan dasar merampas hak Melayu, maka yang bersalah kerana memberikan kuasa kepada DAP ialah UMNO.
Setiap kali persempadanan semula kawasan pilihanraya, UMNO yang bijak bestari itu sanggup pecahkan satu kawasan Parlimen majoriti Cina menjadi dua kawasan. Satu kerusi jadi dua kerusi. Sekali persempadanan semula, tujuh atau lapan kawasan Cina dipecahkan. Maka yang asal hanya 7 dah jadi 14.
Malangnya, UMNO tidak mengizinkan pertambahan kerusi baru di kebanyakan kawasan majoriti Melayu terutamanya di Kelantan, Trengganu dan Kedah. UMNO tak mahu PAS dapat peluang menambah kerusi, sedangkan hampir semua calon PAS adalah sebangsa dengan UMNO iaitu bangsa Melayu.
Pertambahan kawasan majoriti Cina tidak seimbang dengan pertambahan kawasan Melayu. Hasilnya, berlakulah penguasaan DAP seperti hari ini.
Kalau DAP itu ibarat hantu, maka UMNOlah tuan hantu itu. Kalau DAP itu perampas ketuanan Melayu, maka UMNOlah yang mengandung dan melahirkan kekuatan DAP itu. Kalau DAP itu dinilai sebagai mewakili kepentingan kaum Cina semata-mata, maka UMNOlah yang membuka laluan sebenar kepada penguasaan DAP dalam kancah politik negara ... poorah UMNO!
nombor 2
Aku menyeru Melayu UMNO supaya membuka mata seluas-luasnya dan merawat minda agar kembali pulih dari penyakit kronik yang dihidapi sekian lama. Melayu memang bukan tuan dalam segala hal. Melayu dah lama jadi kuli haprak. Merempat dan bangsat.
Tolonglah tengok bangunan-bangunan di bandar dan pekan. Tak payah pergi jauh, tengoklah di pekan Beruas, pekan Pantai Remis dan pekan Air Tawar. Siapa yang memiliki bangunan dan perniagaan yang beribu macam itu? Milik Melayu kah?
Tengoklah tanah-tanah anugerah di merata kampung. Milik Cina keluasannya 4 ekar, 6 ekar hingga 10 ekar. Milik Melayu, paling luas 2 ekar kecuali yang dapat tanah felcra (lebih sikit).
Khusus untuk warga Parlimen Beruas - cuba tinjau sepanjang jalan bermula dari Batu 13 Segari hingga ke simpang Batu 12, menghala ke Ayer Tawar. Tak perasan kah betapa sepanjang hampir 30 kilometer di kiri dan kanan jalan itu, tanahnya adalah milik kaum China?
Aku tak bermaksud mempertikaikan hak mereka untuk memiliki tanah anugerah kerajaan itu. Lebih-lebih lagi ia telah diberikan puluhan tahun yang lalu.
Tapi aku nak mengingatkan Melayu UMNO yang mengigau siang malam tentang ketuanan haprak ... bahawa sesungguhnya diwaktu UMNO mengetuai pemerintahan BN dulu, merekalah yang telah melepaskan segala macam harta berharga milik negeri kepada bangsa Cina.
Apa yang UMNO buat selama 50 tahun dalam hal membangunkan keupayaan bisnes bangsa Melayu. Tidak sedarkan anda betapa gagalnya UMNO melahirkan peniaga-peniaga dari kalangan orang Melayu untuk bersaing dengan peniaga-peniaga Cina. UMNO ada kuasa tetapi tak berupaya memanfaatkan kuasa itu untuk melahirkan peniaga Melayu yang kompetitif di gelanggang terbuka.
Kalau diungkit dan didendang konon Melayu akan ketinggalan, maka sebenarnya Melayu memang telah ketinggalan sejak sekian lama, justeru kebodohan UMNO membangunkan keupayaan bangsanya dalam segala bidang. UMNO gagal dalam keadaan ada kuasa, kesempatan dan segala kemudahan untuk memajukan bangsanya.
UMNO gagal membangunkan keupayaan perniagaan bangsanya kerana peluang yang ada diagih-bolot oleh kaum kerabat dan kroni pemimpin sahaja. UMNO gagal kerana pemimpin-pemimpinnya bahagia dengan komisen dan untung belakang tabir daripada peniaga-peniaga besar yang bukan sebangsa dengannya.
Kesimpulannya UMNO adalah PENGKHIANAT BANGSA yang terbukti melalui penghakiman berdasarkan fakta. UMNO adalah PEROBOH KETUANAN MELAYU yang sebenar.
UMNO Beruas Dendangkan Lagu Basi "Ketuanan Melayu"
Written By marhain jelata on 06 Julai 2008 | 3:46:00 PG
Sepanjang program itu, pemimpin UMNO Bahagian terus mendendangkan lagu "ketuanan Melayu" yang telah hanyir basi. Mereka memberikan gambaran negeri Perak telah jatuh ke tangan bangsa bukan Melayu dan hak orang Melayu sedang dirampas oleh kerajaan negeri yang baru. Isu Menteri Besar jadi boneka Cina DAP diolah dengan penuh kepalsuan dan hipokrasi.
UMNO cawangan diarahkan supaya meningkatkan usaha mengembalikan sokongan pengundi kepada UMNO/BN dalam rangka memenangi pilihanraya akan datang.
Mengulas tentang perjumpaan itu, Yang DiPertua PAS Kawasan Beruas, Sdra Samad Naiman menyeru petugas-petugas PAS supaya meningkatkan usaha penerangan kepada semua lapisan masyarakat untuk menangkis serangan pemalsuan fakta yang giat dijalankan oleh UMNO.
Menurutnya, ramai orang Melayu masih percaya kepada dongeng ketuanan Melayu yang mengaitkan UMNO sebagai pejuang dan pembelanya. Oleh itu penerangan harus difokuskan kepada pembuktian berfakta tentang pengkhianatan yang telah dilakukan oleh UMNO dalam hal ketuanan serta hak orang Melayu secara keseluruhannya.
Kebanyakan orang Melayu masih tidak dapat mengaitkan pengkhianatan dan kebodohan UMNO dengan realiti tertinggalnya bangsa Melayu dalam semua bidang kehidupan terutamanya ekonomi. Petugas PAS patut serius menyediakan butiran pembuktian itu dan mendekati Melayu UMNO dengan hujjah yang lebih meyakinkan.
Pengundian Ketua Kampung Panchor Ditangguhkan - Limau Purut Tiga Serangkai
Written By marhain jelata on 05 Julai 2008 | 3:05:00 PG
Menurut Haji Khalid, penyokong calon UMNO menuntut supaya Pejabat Penghulu Mukim yang menguruskan pengundian agar menetapkan bahawa pengundi kaum Cina tidak dibenarkan mengundi. Tuntutan diasaskan kepada faktor bahawa kaum Cina tidak berhak terlibat dengan urusan kampung Panchor yang kononnya didiami oleh penduduk Melayu keseluruhannya. Menurut mereka, kaum Cina mempunyai ketua sendiri dari kalangan mereka untuk urusan hal ehwal komuniti mereka.
Walau bagaimana pun, Penghulu Mukim telah menjelaskan bahawa persempadanan kampung bagi maksud kelayakan mengundi telah ditetapkan sepertimana sempadan pentadbiran daerah yang digunapakai sejak dulu (sebelum kerajaan baru). Namun begitu, penjelasan yang diberikan tidak dapat diterima oleh penyokong-penyokong calon UMNO.
Mereka (penyokong UMNO) mengugut untuk mengambil tindakan kekerasan sekiranya didapati ada pengundi kaum Cina hadir ke pusat pengundian untuk tujuan mengundi.
Pihak pejabat Penghulu Mukim telah merujuk kepada Pejabat Daerah Manjung berkenaan ancaman yang berlaku dan telah dinasihatkan supaya mengambil keputusan menangguhkan pengundian ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Beberapa pemimpin muda yang menyokong calon Pakatan Rakyat melahirkan rasa kesal dengan ugutan yang dilakukan oleh penyokong calon UMNO sambil menyifatkan alasan-alasan yang diberikan sebagai tidak menasabah dan out of law.
Bagi mereka, sempadan kampung dan sempadan daerah adalah perkara yang telah sedia termaktub dan sepatutnya tidak dipertikaikan lagi kerana ia telah ditetapkan oleh kerajaan BN/UMNO terdahulu sejak lama.
Selain itu mereka juga kesal kerana UMNO bertindak menafikan hak kaum Cina untuk mengundi sedangkan hak mereka telah ditentukan dengan jelas di dalam perlembagaan negara. Peraturan berhubung proses pengundian memilih ketua kampung yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri juga dengan jelas tidak menghadkan kelayakan mengundi kepada orang Melayu sahaja.
Tuntutan penyokong UMNO itu disifatkan sebagai buta undang-undang dan peraturan serta berbau perkauman yang sangat merbahaya. Veteran politik setempat menyifatkan tindakan penyokong-penyokong UMNO tersebut sebagai "Limau Purut Tiga Serangkai, Buta Perut Tak Dak Akai".
PAS Beruas Mesti Berani Berubah
Written By marhain jelata on 01 Julai 2008 | 4:43:00 PG
PAS Beruas mesti berani berubah. Inilah rumusan daripada tinjauan pendapat di kalangan aktivis politik dan masyarakat dalam kawasan Parlimen Beruas.
Pakatan Rakyat Menang!
Written By marhain jelata on 30 Jun 2008 | 5:55:00 PTG
Pengundian terpaksa ditangguhkan selama 25 minit selepas tengahari kerana kertas undi telah kehabisan di kedua-dua kampung. Pihak pejabat penghulu mukim yang menguruskan pengundian telah menambah cetak kertas undi untuk membolehkan semua pengundi yang hadir mendapat hak untuk mengundi.
Pengundi telah memenuhi dewan pengundian sebaik sahaja masa mengundi bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Keadaan bertukar kurang sibuk antara 1.00 hingga 2.00 petang dan kembali meriah dari jam 2.00 petang sehingga tamat masa mengundi.
KG SUNGAI BATU
Calon A (Pakatan Rakyat) ... 399 undi (MENANG)
Calon B (UMNO) ................... 251 undi
Undi Rosak ............................. 2
Keluar Mengundi ................... 652
Majoriti .................................... 148
KG TEBOK YAN
Calon A (Pakatan Rakyat) ... 235 undi (MENANG)
Calon B (UMNO) ................... 171 undi
Undi Rosak ............................. 8
Keluar Mengundi ................... 413
Majoriti ................................... 64
Cadangan Untuk PAS Beruas
Written By marhain jelata on 23 Jun 2008 | 3:42:00 PG
Tuan/puan boleh menghantar cadangan dan pandangan itu ke alamat email berikut :
hechzeeqinairaa@gmail.com
alekbando@yahoo.com
yopongge@gmail.com
zoun611@yahoo.com
Keprihatinan tuan/puan amat dihargai.
Ketua Kampung & JKKK Impian Kami
Written By marhain jelata on 21 Jun 2008 | 9:04:00 PTG
Hasrat dan harapan mereka tinggi menggunung. Terlalu banyak yang amat mereka ketahui tentang kelemahan dan kepincangan pengurusan kampung di era UMNO/BN. Sebanyak itu jugalah mereka mengetahui tentang janji dan azam yang sekian lama ditawarkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat khususnya PAS.
Kini mereka sedang menunggu dan memerhati dengan penuh harapan. Tertunailah hendaknya gagasan kemakmuran dan keadilan yang dijunjung selama ini.
Aduhai bakal ketua kampung dan JKKK, dengarlah rintihan dan rayuan kami! Ketua kampung dan JKKK kami ialah:
1. Pemimpin yang sentiasa mudah didekati. Mesra dan sedia mendengar cadangan, aduan, rintihan dan pendapat kami.
2. Pemimpin yang berusaha keras membimbing kami untuk hidup beriman, maju, berdaya saing dan berkasih sayang antara satu dengan yang lain.
3. Pemimpin yang sentiasa mengambil tahu atau mengambil berat keadaan kami. Hidup atau mati, sihat atau sakit, senang atau susah, kaya atau miskin, bijak atau bodoh. Mati kami diuruskan, sakit kami dirawat, susah kami dibantu, bodoh kami diajar.
4. Pemimpin yang hebat dan indah tutur katanya. Perkataan yang lunak disambut telinga, perkataan yang memotivasi diri kami, perkataan yang menambah harga diri kami, perkataan yang mendamaikan antara kami dan perkataan yang mendekatkan kami kepada Tuhan. Bukan perkataan yang melukai gegendang telinga kami, bukan perkataan yang membunuh semangat kami, bukan perkataan yang menelanjangkan kekurangan kami, bukan perkataan yang menyemarakkan kebencian antara kami, bukan perkataan yang membawa kami ke lembah dosa, bukan berbaur ego, bukan perli, bukan memperlekehkan kami, bukan menggula-gulakan kami.
5. Pemimpin yang jauh pandangannya, besar wawasannya, teliti langkahnya, bermaklumat hujjahnya dan realistik rancangannya.
6. Pemimpin yang benar-benar milik rakyat. Berbincang dan bermesyuarat adalah budayanya. Bukan autokratik, bukan diktator, tiada veto dan bukan ‘one man show’.
7. Pemimpin yang serius menyalurkan maklumat. Bukan menyembunyi atau menapis maklumat. Kami mendapat tahu apa yang pemimpin tahu. Kami juga tahu apa yang kawan rapat pemimpin tahu. Kami juga tahu apa yang keluarga pemimpin tahu. Tiada insentif yang terlindung, tiada peluang yang disekat, tiada skim yang terhalang dan tiada peruntukan yang terhad dibolot.
Ayuh pemimpin kami! Jika tuan bagai dikata, jiwa dan raga galang ganti sokongan kami!
PAS/PR Buktikan Sikap Demokratik - UMNO Buktikan Bodoh Sombong
Hari ini, 21 Jun 2008, ADUN Pengkalan Bharu menganjurkan program penyerahan bantuan oleh Dato' Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan) di Arena Square bersebelahan Dewan Orang Ramai Pengkalan Bharu. Kerajaan Negeri serta parti-parti Pakatan Rakyat Kawasan/ Bahagian Beruas tidak menghalang penggunaan premis tersebut.
Keadaan ini amat berbeza dengan era pemerintahan UMNO/BN yang tidak pernah membenarkan parti pembangkang menggunakan premis milik Kerajaan Negeri hatta oleh ADUN pembangkang yang menang di kawasan itu.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri. Syabas PAS, PKR dan DAP Beruas kerana membuktikan semangat demokrasi.
UMNO juga berjaya membuktikan betapa 'bodoh sombong'nya mereka apabila tanpa segan silu memasang puluhan bendera BN dan bendera UMNO di sekitar kawasan dan premis yang digunakan.Suasana hari ini amat berbeza dengan beberapa program yang dianjurkan oleh PAS sebelum ini. PAS tidak memasang bendera atau lain-lain pengenalan parti demi menjaga keharmonian masyarakat setempat yang berbeza fahaman politik. Ketika program ceramah DS Menteri Besar dan dua Exco Kerajaan Negeri di tempat yang sama bulan lalu, tiada bendera parti di pasang di tepi jalan, DOR dan Arena Square. Begitu juga ketika program ceramah Ustaz Akil Hayy dua malam yang lalu. Tiada bendera atau kain rentang berlambang parti.
AJK Pas Cawangan Pengkalan Bharu, Tuan Sulong Engku Abas menyatakan bahawa ketika menguruskan penggunaan dewan untuk beberapa aktiviti selepas PR menang Mac lalu, dimaklumkan semua pihak boleh menggunakan/menyewa dewan dan Arena Square untuk sebarang program kecuali program parti. Namun begitu masyarakat setempat amat maklum bahawa UMNO seringkali mengadakan program parti di dewan ini sepanjang tempoh pemerintahan UMNO/BN sebelum ini. Walau bagaimanapun PAS sedia menerima ketetapan hanya program yang tidak bersifat 'politik parti' boleh diadakan di sini.
Malangnya UMNO tetap tak reti bahasa. UMNO tetap dengan bodoh sombongnya. Mereka masih mendabik dada mengatakan dewan ini UMNO yang membinanya. Mereka tetap tidak mahu menerima hakikat betapa mereka bukan lagi pemerintah di Negeri Perak. Mereka tetap tak dapat membezakan antara duit UMNO dan duit kerajaan.Mereka masih samseng nak bermegah dengan bendera timbang senget dan keris telanjang yang ketinggalan zaman itu. Mereka tetap tak mampu berfikir untuk menghormati mata dan perasaan kawan sekampung. Mereka sentiasa mau orang lain menghormati mereka tetapi tak reti langsung nak menghormati orang lain.
Malam Penghayatan Bersama Ustaz Akil Hayy
Written By marhain jelata on 20 Jun 2008 | 12:21:00 PG
Sekitar Penamaan Calon Sg Batu & Tebok Yan
Written By marhain jelata on 19 Jun 2008 | 11:22:00 PTG
Pengundian akan dijalankan pada 28 Jun 2008 (Sabtu).
Calon PAS kampung Tebuk Yan, Mat Wahee Awang (berkemeja biru) dan calon PAS kampung Sungai Batu, Haji Mohd Zainudi di sebelah kiri beliau diiringi pencadang dan penyokong masing-masing melangkah ke pejabat Penghulu Mukim Pengkalan Bharu untuk proses penamaan calon.
Kampung Tebuk Yan - dari kiri ke kanan : AhmadZakaria (penyokong 2), Abdullah Yahya (penyokong 1), Mat Wahee Awang (calon) dan Mohd Yusof (pencadang)
Perbincangan di antara Penghulu mukim dan calon-calon mengenai sempadan kampung untuk menentukan pengundi yang layak.
Taklimat tatacara pengundian dan tanggungjawab ketua kampung disampaikan oleh Penghulu Mukim.
Kampung Sungai Batu - dari kiri ke kanan : Haji Mohd Zainudi (calon), Haji Nazeer Hameed (pencadang), Haji Abu Bakar Hashim, Ghazali Yahya, Ismail Darus dan Abdul Latif.
Nostalgia PAS Beruas
PAS Beruas mungkin kerdil di mata pengamat politik di seluruh pelusuk negara. Tiada nama besar dari Beruas yang pernah menjadi tokoh PAS negeri apatah lagi PAS Pusat. Tiada peristiwa besar politik yang pernah melibatkan PAS Beruas sepanjang sejarah politik negara. Di sebalik itu semua, PAS Beruas tetap istimewa. Cahaya perjuangan telah lama bertapak di sini dan terus mengharung pahit getir jatuh bangun perjuangan agama ini sepanjang zaman.
Memahami Fikrah Khurafat UMNO Kampung Dan Penyelesaiannya
Written By marhain jelata on 18 Jun 2008 | 5:48:00 PG
Pemerhatian umum tentang mentaliti dan budaya fikir orang UMNO di seluruh negara sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan menunjukkan bahawa mereka berfikir begini :
1. Hanya UMNO yang boleh bawa kemajuan
2. Hanya UMNO yang boleh menyelamatkan Melayu
3. UMNO itu Melayu-Islam dan Melayu-Islam itu UMNO
4. Pemimpin tertinggi UMNO memang baik dan jujur
5. Kemajuan yang ada hari ini adalah disebabkan kebijaksanaan dan usaha gigih UMNO
6. Kalau UMNO tak memerintah negara maka mundur dan hancurlah bangsa dan negara
7. Kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO adalah kecil dan patut dimaafkan – kalau parti lain memerintah, mereka pun akan berperangai serupa
8. Membangkang UMNO bererti derhaka kepada Negara
9. Menentang UMNO adalah perlakuan ‘tidak taat kepada pemerintah’ dan perkara itu amat dilarang oleh agama (oleh quran)
10. PAS pemecahbelah masyarakat
11. PAS mengamalkan Islam yang menyeleweng
12. Orang PAS berfikiran jumud
13. PAS tak mampu membawa pembangunan dan kemajuan
14. PAS nak melaksanakan hukum yang zalim dan tidak sesuai dengan masyarakat majmuk
15. Orang PAS tidak faham politik dan pentadbiran secara moden
1. Peta kampung yang dikemaskini secara berjadual.
2. Maklumat biodata isi rumah yang lengkap.
3. Senarai kerjaya ketua keluarga mengikut sektor/jenis
4. Maklumat kerjaya semua penduduk berumur 18 tahun ke atas.
5. Maklumat pendapatan isi rumah yang dikemaskini secara berjadual.
6. Maklumat warga kampung yang masih belajar (rendah, menengah dan IPTA/S)
7. Senarai belia lepasan sekolah (sama ada menganggur atau bekerja)
8. Senarai ibu tunggal
9. Senarai warga emas
10. Senarai anak yatim
...bersambung...
Pengundian Ketua Kampung Sg Batu & Tebok Yan : 28 Jun
Di Kampung Sungai Batu, calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Hj Mohd Zainudi Hj Mohd Amin akan ditentang oleh calon UMNO iaitu Abdul Kadir Saleh yang lebih dikenali sebagai Wahab. Calon Pakatan Rakyat (PAS) bagi kampung Tebuk Yan, Mat Wahee Awang akan ditentang oleh Abu Bakar Shaari daripada UMNO.
Pengundian akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Pengundi diingatkan agar membawa kad pengenalan ke pusat pengundian kerana mereka tidak akan dibenarkan mengundi jika tidak dapat mengemukakan kad pengenalan ketika mendaftarkan nama.
PAS Kawasan Beruas menyeru anak-anak kampung yang sedang berada di luar kawasan agar pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing. Undi anda amat berharga demi kebaikan semua warga kampung.
Pengundian Selesai
Written By marhain jelata on 15 Jun 2008 | 1:22:00 PTG

Calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Zulkaflee Hashim berjaya menewaskan dua calon lain iaitu Azmi Mat Isa (calon persendirian) dan Haji Maznan Hamid (UMNO). Walau bagaimana pun pertandingan sebenar hanyalah di antara calon Pakatan Rakyat dan calon persendirian berikutan penarikan diri calon UMNO, Haji Maznan Hamid.
Zulkaflee Hashim (PAS - Pakatan Rakyat) : 119 undi
Azmi Mat Isa (persendirian - tidak mewakili mana2 parti) : 77 undi
Haji Maznan Hamid (UMNO - menarik diri) : 48 undi
Undi Rosak : 1
Keluar Mengundi : 245 orang
Suasana pengundian amat meriah pada waktu pagi berikutan ramai yang berkunjung ke pasar tani mingguan bersebelahan dewan pengundian.

Keputusan pengundian diumumkan oleh Penghulu Mukim Pengkalan Bharu pada jam 5.15 petang dengan kehadiran calon-calon serta 100 orang petugas dan penyokong yang tetap setia menunggu sehingga selesai.



