Memahami Fikrah Khurafat UMNO Kampung Dan Penyelesaiannya

Written By marhain jelata on 18 Jun 2008 | 5:48:00 PG

Pemerhatian umum tentang mentaliti dan budaya fikir orang UMNO di seluruh negara sepanjang lebih 50 tahun kemerdekaan menunjukkan bahawa mereka berfikir begini :

1. Hanya UMNO yang boleh bawa kemajuan

2. Hanya UMNO yang boleh menyelamatkan Melayu

3. UMNO itu Melayu-Islam dan Melayu-Islam itu UMNO

4. Pemimpin tertinggi UMNO memang baik dan jujur

5. Kemajuan yang ada hari ini adalah disebabkan kebijaksanaan dan usaha gigih UMNO

6. Kalau UMNO tak memerintah negara maka mundur dan hancurlah bangsa dan negara

7. Kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO adalah kecil dan patut dimaafkan – kalau parti lain memerintah, mereka pun akan berperangai serupa

8. Membangkang UMNO bererti derhaka kepada Negara

9. Menentang UMNO adalah perlakuan ‘tidak taat kepada pemerintah’ dan perkara itu amat dilarang oleh agama (oleh quran)

10. PAS pemecahbelah masyarakat

11. PAS mengamalkan Islam yang menyeleweng

12. Orang PAS berfikiran jumud

13. PAS tak mampu membawa pembangunan dan kemajuan

14. PAS nak melaksanakan hukum yang zalim dan tidak sesuai dengan masyarakat majmuk

15. Orang PAS tidak faham politik dan pentadbiran secara moden

15 perkara ini adalah antara keyakinan yang telah sebati dalam jiwa dan fikiran orang UMNO khususnya di kampung-kampung. Aqidah ini memberikan sumbangan besar kepada kemenangan UMNO dalam 12 siri pilihanraya umum sejak merdeka. Selagi tidak roboh kepercayaan karut yang ditunjangi roh sial ini, selagi itulah Malaysia tetap dalam kecelakaan ikut suka hati sekelompok pemimpin negara yang bertuan di mata beraja di hati.

Penawar untuk mengubati barah otak UMNO kampung ini memang sukar dicari. Kalau pun ada terjumpa, nak menyuapkannya ke dalam otak dan hati UMNO telah terbukti amat sukar untuk dilakukan. Pak Kaduk dan Pak Pandir pun tak semalang dan sedungu itu.

Maka, terpaksalah kita mengusahakan seribu daya dengan sejuta kehendak, demi mencari kaedah rawatan yang berpotensi membunuh virus otak yang lebih merbahaya daripada HIV ini.

Kita terbeban dengan tugas membuktikan kejahatan UMNO sepanjang zaman. Memang pun kita telah kemukakan berjuta bukti. Satu kes demi satu kes. Tapi tak ramai yang bernasib baik untuk terbuka mindanya selepas melihat bukti-bukti itu. Yang bingung terus bangang. Itulah masalahnya!

Alhamdulillah, kita diberikan amanah memerintah 4 negeri baru selepas Kelantan. Kini kita dapat peluang yang lebih luas untuk membuka minda manusia UMNO. Kesempatan mentadbir negeri seharusnya dimanfaatkan untuk menunjukkan realiti gagasan keadilan dan kebajikan yang diwar-warkan sekian lama.

Wajib kita tampilkan ketelusan pentadbiran di semua sudut. Wajib kita pastikan keadilan dalam agihan manfaat kekayaan negeri. Wajib kita atur langkah yang sungguh-sungguh progresif dalam hal pembangunan infrastruktur. Wajib kita prihatin tentang taraf hidup seluruh rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dengan cara membuka ruang dan peluang menambah pendapatan. Wajib kita tampilkan pengurusan yang sistematik dan berobjektif di semua peringkat hatta pengurusan kampung oleh JKKK. Wajib kita kuburkan semua perlakuan yang berciri membalas dendam. Wajib kita bina hubungan kemasyarakatan melibatkan semua pihak sehingga terjelma keharmonian yang ‘real’.

JKKK perlu dibangunkan sebagai team pengurusan yang profesional sesuai dengan tuntutan zaman. Budaya kerja JKKK zaman Umno yang benar-benar ‘kampung’ itu mesti dicampak ke laut. JKKK Pakatan Rakyat mestilah wujud sebagai pasukan pengurusan yang up-to-date dalam segala hal sepertimana pengurusan pentadbiran Rasulullah SAW dan Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Pengurusan yang berkesan ialah pengurusan bermaklumat. JKKK Pakatan Rakyat wajib menjalankan bancian menyeluruh untuk mengumpulkan maklumat terperinci isi kampung. Perkara yang disenaraikan di bawah ini mesti diambilkira :

1. Peta kampung yang dikemaskini secara berjadual.

2. Maklumat biodata isi rumah yang lengkap.

3. Senarai kerjaya ketua keluarga mengikut sektor/jenis

4. Maklumat kerjaya semua penduduk berumur 18 tahun ke atas.

5. Maklumat pendapatan isi rumah yang dikemaskini secara berjadual.

6. Maklumat warga kampung yang masih belajar (rendah, menengah dan IPTA/S)

7. Senarai belia lepasan sekolah (sama ada menganggur atau bekerja)

8. Senarai ibu tunggal

9. Senarai warga emas

10. Senarai anak yatim

Kelancaran pengurusan amat bergantung kepada keberkesanan penyaluran maklumat. Semua warga kampung mestilah dipermudahkan untuk memperolehi maklumat daripada jabatan/agensi kerajaan serta daripada JKKK sendiri. Penyediaan medium maklumat mestilah memenuhi keperluan sebenar. Papan kenyataan JKKK wajib ada di masjid, surau, pejabat JKKK, dewan orang ramai, kedai-kedai utama dan lain-lain tempat yang strategik. Ia mestilah dikemaskini secara tetap dan berjadual oleh petugas resmi di kalangan JKKK atau pegawai khas yang dilantik. Selain itu, masjid hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat penyebaran maklumat terutama pada setiap hari Jumaat.

Pengurusan bermaklumat dan kelancaran penyaluran maklumat akan menghasilkan produk pengurusan yang berkualiti.

Maklumat isi kampung yang terperinci akan memudahkan perbincangan JKKK untuk merancang pembangunan kampung sama ada pembangunan infrastruktur atau pembangunan manusia. Ia juga boleh menjadi asas kukuh untuk mewajarkan sebarang permohonan JKKK kepada pejabat atau agensi kerajaan. Projek yang dirancangkan boleh terlaksana dengan cepat kerana proses penyediaan rancangan yang pantas dan sokongan berfakta dalam permohonan yang dikemukakan. Keadilan akan tertegak justeru penilaian dan pemilihan dibuat berdasarkan maklumat terperinci warga kampung seperti yang telah direkodkan. Semua yang terlibat atau yang berhak tidak akan tercicir justeru penyaluran maklumat berlaku secara menyeluruh dan sistematik.

...bersambung...

0 ulasan:

Catat Ulasan