PAS/PR Buktikan Sikap Demokratik - UMNO Buktikan Bodoh Sombong

Written By marhain jelata on 21 Jun 2008 | 3:52:00 PTG

Kerajaan Pakatan Rakyat terus membuktikan pemerintahan demokratik dengan membenarkan premis Kerajaan Negeri digunakan oleh semua pihak tanpa mengira latarbelakang kaum atau parti politik.

Hari ini, 21 Jun 2008, ADUN Pengkalan Bharu menganjurkan program penyerahan bantuan oleh Dato' Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan) di Arena Square bersebelahan Dewan Orang Ramai Pengkalan Bharu. Kerajaan Negeri serta parti-parti Pakatan Rakyat Kawasan/ Bahagian Beruas tidak menghalang penggunaan premis tersebut.

Keadaan ini amat berbeza dengan era pemerintahan UMNO/BN yang tidak pernah membenarkan parti pembangkang menggunakan premis milik Kerajaan Negeri hatta oleh ADUN pembangkang yang menang di kawasan itu.

Tahniah kepada Kerajaan Negeri. Syabas PAS, PKR dan DAP Beruas kerana membuktikan semangat demokrasi.
UMNO juga berjaya membuktikan betapa 'bodoh sombong'nya mereka apabila tanpa segan silu memasang puluhan bendera BN dan bendera UMNO di sekitar kawasan dan premis yang digunakan.

Suasana hari ini amat berbeza dengan beberapa program yang dianjurkan oleh PAS sebelum ini. PAS tidak memasang bendera atau lain-lain pengenalan parti demi menjaga keharmonian masyarakat setempat yang berbeza fahaman politik. Ketika program ceramah DS Menteri Besar dan dua Exco Kerajaan Negeri di tempat yang sama bulan lalu, tiada bendera parti di pasang di tepi jalan, DOR dan Arena Square. Begitu juga ketika program ceramah Ustaz Akil Hayy dua malam yang lalu. Tiada bendera atau kain rentang berlambang parti.AJK Pas Cawangan Pengkalan Bharu, Tuan Sulong Engku Abas menyatakan bahawa ketika menguruskan penggunaan dewan untuk beberapa aktiviti selepas PR menang Mac lalu, dimaklumkan semua pihak boleh menggunakan/menyewa dewan dan Arena Square untuk sebarang program kecuali program parti. Namun begitu masyarakat setempat amat maklum bahawa UMNO seringkali mengadakan program parti di dewan ini sepanjang tempoh pemerintahan UMNO/BN sebelum ini. Walau bagaimanapun PAS sedia menerima ketetapan hanya program yang tidak bersifat 'politik parti' boleh diadakan di sini.

Malangnya UMNO tetap tak reti bahasa. UMNO tetap dengan bodoh sombongnya. Mereka masih mendabik dada mengatakan dewan ini UMNO yang membinanya. Mereka tetap tidak mahu menerima hakikat betapa mereka bukan lagi pemerintah di Negeri Perak. Mereka tetap tak dapat membezakan antara duit UMNO dan duit kerajaan.

Mereka masih samseng nak bermegah dengan bendera timbang senget dan keris telanjang yang ketinggalan zaman itu. Mereka tetap tak mampu berfikir untuk menghormati mata dan perasaan kawan sekampung. Mereka sentiasa mau orang lain menghormati mereka tetapi tak reti langsung nak menghormati orang lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan