Lucu! Benci PAS/PKR/DAP Tapi Nak Jadi Ketua Kampung Kerajaan PR

Written By marhain jelata on 14 Jun 2008 | 3:25:00 PG

Memang lucu, tapi itulah yang berlaku. Benar2 berlaku!

Musim pilihanraya pemilihan ketua-ketua kampung di kawasan Parlimen Beruas telah bermula. Calon PR menang selepas pengundian di Kg Ayer Tawar. Tahniah & syabas kepada Mr. Maniam yg bertungkus lumus mengangkut pengundi kaum India pada sessi pengundian tengahari dan petang. Calon PR juga menang tanpa bertanding (setakat ini) di Kg Tanjung Ara dan Kg Matang Kerian dalam mukim Pengkalan Bharu. Di mukim Beruas, Calon UMNO menang tanpa bertanding di Kg Bakar Bata dan menang selepas pengundian di Kg Kedah. Pagi nanti (Sabtu 14 Jun) pengundian akan berlangsung di Kg Pengkalan Bharu. Mudah-mudahan calon PR, Zulkaflee Hashim diberi kepercayaan oleh warga kampung Pengkalan Bharu, Sungai Tuntung dan Hujung Pasir dalam pertandingan 3 penjuru yg dijangka sengit. Isnin dan Selasa (16 & 17 Jun) adalah tarikh penamaan calon bagi Kg Sungai Batu dan Kg Tebuk Yan. Selamat maju jaya kedua2 calon PR iaitu Tuan Haji Zainudi (Sg. Batu) dan Mat Wahee @ Khairi (Tebuk Yan).

Lucu dan pelik juga apabila UMNO cawangan atau individu UMNO teringin pulak nak bertanding untuk jadi Ketua Kampung dalam keadaan mereka masih istiqomah (sesuai ke istilah ni?) dengan aqidah politik UMNO mereka.

Mereka benci PAS, benci DAP, benci DS Hj Nizar dan benci orang PAS di kampung. Mereka meragui dan mempertikaikan kemampuan PR untuk mentadbir negeri. Mereka menghentam PR siang malam pagi petang. Mereka giat menyusun semula organisasi dan jentera parti mereka untuk merampas kembali negeri Perak dalam pilihanraya akan datang. TAPI mereka teringin pulak nak jadi Ketua Kampung dalam pentadbiran Kerajaan PR yang kolot dan tak reti itu!

Bagaimana agaknya mereka nak berperanan sebagai wakil Kerajaan PR di peringkat kampung mereka. Bersediakah mereka melaksanakan tugasan yang akan diberikan oleh Kerajaan PR melalui Pegawai Daerah dan Penghulu Mukim? Realiti adalah realiti. Kerajaan Negeri pasti akan mengatur, menyusun dan menggerakkan tugasan JKKK selaras dengan prinsip dan aspirasi yang dipegang dan diperjuangkan selama ini. Bersediakah Ketua Kampung yang UMNO itu untuk memikul dan melaksanakan program serta aktiviti untuk mencapai objektif PR?

Pengurusan dan pembangunan kampung yang berjaya akan menambah-kukuhkan kekuatan PR. Sanggupkah Ketua Kampung yang UMNO itu bertungkus lumus untuk memberikan faedah politik kepada parti lawan? Tidakkah Ketua Kampung yang UMNO itu berasa kekok nanti apabila perlu ada bersama MB atau exco Kerajaan Negeri atau wakil2 Kerajaan dari parti-parti Pakatan Rakyat dalam majlis-majlis yang ucapan2 nya menonjolkan kebaikan PR dan mendedahkan keburukan UMNO/BN?

ATAU, mungkinkah mereka beranggapan bahawa bila jadi Ketua Kampung nanti, mereka tak perlu ikut arahan Kerajaan Negeri dan boleh uruskan kampung ikut suka hati dengan kehendak jiwa UMNO mereka? Mungkinkah mereka beranggapan bahawa Kerajaan Negeri tidak berhak menamatkan perkhidmatan Ketua Kampung yang UMNO itu walau pun mereka bertindak secara bertentangan dengan kehendak Kerajaan Negeri?

ATAU, mungkinkah UMNO yang nak jadi Ketua Kampung itu memang bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan berganding bahu dengan parti-parti PAS/DAP/PKR di kampung mereka untuk melicinkan pentadbiran Kerajaan Negeri? Mungkinkah UMNO yang nak jadi Ketua Kampung tu beranggapan bahawa mereka tak perlu peduli kepada cawangan PAS/DAP/PKR di kampung mereka apabila melaksanakan tugas sebagai Ketua Kampung nanti. Mungkinkah UMNO yang nak jadi Ketua Kampung tu beranggapan bahawa PAS/DAP/PKR di kampung tak boleh usik mereka setelah menang sebagai Ketua Kampung?

Memang pertandingan bagi jawatan Ketua Kampung terbuka kepada semua anak kampung tak mengira parti. Itulah yang diisytiharkan oleh Kerajaan Negeri dan memang itulah realiti dari sudut pentadbiran kerajaan. Tetapi ada satu sudut lagi yang perlu diakui iaitu realiti politik. Dari sudut pentadbiran, siapa saja layak bertanding. Namun pentadbiran dalam konteks berkerajaan tidak dapat dipisahkan dengan politik kerana parti-parti politiklah yang membentuk kerajaan. Waktu BN memerintah, orang UMNO jadi Ketua Kampung. Memang selayaknya begitu kerana hanya Ketua Kampung yang UMNO sajalah yang boleh menggerakkan hasrat kerajaan UMNO. Ganjil dan mual rasanya kalau orang PAS atau PKR terhegeh-hegeh nak jadi Ketua Kampung dalam Kerajaan UMNO/BN. Begitu jugalah apabila yang jadi kerajaan itu ialah Pakatan Rakyat. Sepatutnya hanya orang Pakatan Rakyatlah yang wajar menjadi Ketua Kampung justeru tugas yang nak digalas itu harus menepati hasrat kerajaan Pakatan Rakyat.

MALANGnya, manusia UMNO tak upaya berfikir sebegitu. Pangkat dan peluang sememangnya perkara yang dikejar DULU, KINI dan SELAMANYA. Manusia UMNO gagal memahami realiti politik kepartian. Manusia UMNO failed dalam matapelajaran demokrasi berparti.

Secara bertulis memang pemilihan Ketua Kampung diserahkan kepada warga kampung untuk berbincang, menilai dan mengambil keputusan untuk memilih individu yang layak. Bukannya macam zaman kuno (zaman UMNO/BN memerintah) dulu apabila Ketua UMNO Bahagian berkuasa mutlak untuk tunjuk sesiapa yang dikehendakinya tanpa mempedulikan kemahuan majoriti penduduk kampung. Jangankan kehendak penduduk kampung, kehendak majoriti ahli UMNO cawangan pun tak dihiraukan oleh Ketua Bahagian.

Secara berpijak di bumi nyata, pemilihan itu diserahkan kepada warga kampung. Semua yang berumur 18 tahun ke atas, berhak menyatakan pendiriannya melalui kertas undi. Tetapi siapa yang nak dipilih? Manusia yang matang kefahamannya tentang politik dan pentadbiran kerajaan, pasti mengakui BAHAWA individu yang layak untuk dipilih mestilah di kalangan ahli-ahli atau penyokong parti-parti yang membentuk kerajaan. Kalau kerajaan tu kerajaan UMNO, pilihlah orang UMNO. Kalau kerajaan tu kerajaan PR, pilihlah orang PR sama ada orang PAS atau PKR (orang DAP tak berminat) ... SEBAB ... Ketua Kampung perlu menjiwai dan menjunjung objektif dan aspirasi kerajaan yang memerintah. Kalau dia tak sokong parti-parti yang membentuk kerajaan, apatah lagi kalau sungguh2 anti dan membenci parti-parti itu, siumankah kalau dia masih hidung tak mancung pipi tersorong-sorong nak juga jadi Ketua Kampung?

Entahlah ..... dunia ini memang pelik! Lucu dan menggelikan hati.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa.bezanya dgn pnyokong pas..dap..pkr...dan sekutu yg skrg ni bekerja di jabatan kerajaan persekutuan yg dipimpin oleh umno..jawapan persoalan saudara ada pada jawapan yg saudra nak jawap atas soalan saya..aminn....

Tanpa Nama berkata...

Patut la nak siapkan dokumen aku tpaksa amik beminggu2..sabotaj ke hape..

Tanpa Nama berkata...

owg camni Suh je benti keje..bg owg len yg nak keje..politik xsudah2...bg yg rajin keje xpe Tuhan berkati pnat lelah mike..

Catat Ulasan