Pengundian Selesai

Written By marhain jelata on 15 Jun 2008 | 1:22:00 PTG

Pengundian bagi memilih Ketua Kampung Pengkalan Bharu telah berjalan dengan lancar dari jam 9 pagi hingga 4 petang kelmarin. Pengalaman yang sungguh menarik bagi warga kampung Pengkalan Bharu kerana inilah kali pertama dapat mengundi untuk memilih ketua kampung dalam sejarah hidup masing-masing.


kedudukan petak mengundi dan peti undi lutsinar

Calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Zulkaflee Hashim berjaya menewaskan dua calon lain iaitu Azmi Mat Isa (calon persendirian) dan Haji Maznan Hamid (UMNO). Walau bagaimana pun pertandingan sebenar hanyalah di antara calon Pakatan Rakyat dan calon persendirian berikutan penarikan diri calon UMNO, Haji Maznan Hamid.

Zulkaflee Hashim (PAS - Pakatan Rakyat) : 119 undi
Azmi Mat Isa (persendirian - tidak mewakili mana2 parti) : 77 undi
Haji Maznan Hamid (UMNO - menarik diri) : 48 undi
Undi Rosak : 1
Keluar Mengundi : 245 orang


Suasana pengundian amat meriah pada waktu pagi berikutan ramai yang berkunjung ke pasar tani mingguan bersebelahan dewan pengundian.


pasar tani memeriahkan lagi suasana pengundian


pengundi mendaftar diri di meja pendaftaran

Keputusan pengundian diumumkan oleh Penghulu Mukim Pengkalan Bharu pada jam 5.15 petang dengan kehadiran calon-calon serta 100 orang petugas dan penyokong yang tetap setia menunggu sehingga selesai.

pengumuman keputusan pengundian oleh Penghulu mukim Pengkalan Bharu


orangramai mengikuti proses pengiraan undi melalui tingkap dewan



Ketua Kampung Pengkalan Bharu 2008-2010
Zulkaflee bin Hashim (45 tahun)

0 ulasan:

Catat Ulasan