Amanat Presiden Kepada Petugas PRU13

Written By marhain jelata on 12 Mac 2013 | 7:53:00 PTG

Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali-Imran : 200)


7:53:00 PTG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

Mesti Kerja Luar Biasa – Dato’ Mahfuz

Written By marhain jelata on 07 April 2012 | 9:22:00 PTG

Naib Presiden PAS mengingatkan supaya jentera Pakatan Rakyat meningkatkan kualiti gerak kerja sehingga mencapai tahap ‘luar biasa’ sekiranya serius mahukan kemenangan dalam PRU 13. Jika jentera PR tidak dapat sampai ke tahap itu, misi menumbangkan BN dalam pilihanraya terdekat ini mungkin akan hanya tercatat sebagai salah satu episode ‘angan-angan’ sahaja.

Dato’ Mahfuz memberikan nasihat ini dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas kali ke 48 yang berlangsung di Dataran Ghuroba’ Pengkalan Baru, Pantai Remis hari ini.

Di antara kerja luar biasa itu ialah mengenal pasti warga asing yang telah diberikan kerakyatan melalui Projek IC yang dijalankan oleh UMNO seperti yang didedahkan baru-baru ini. Jentera PR perlu mendekati komuniti warga asing ini khasnya ketua komuniti tersebut dan mengusahakan agar mereka memberikan undi kepada PR.

sekitar mesyuarat agung PAS Kawasan Beruas

9:22:00 PTG | 2 ulasan | Baca sepenuhnya

Umno Kata PAS Kata Undi PAS Masuk Syurga - Subky Latif

Written By marhain jelata on 03 April 2012 | 12:40:00 PTG

Sejak lebih 30 tahun apabila kerajaan dan pimpinan Umno dianggap rasuah, pemimpin Umno tidak menafikannya tetapi mengalihkan anggapan itu dengan berkata, rasuah paling teruk ialah parti politik yang menjanjikan syurga kepada pengundi yang mengundinya.

Ia diulang-ulang hingga hari ini oleh penyokong-penyokong Umno.

Dengan berkata begitu, Umno tidak kata ia tidak rasuah, tetapi menyindir ada yang lebih rasuah iaitu parti yang dikatakannya menjanjikan syurga kepada penyokongnya dan sesiapa yang mengundinya.

Tentulah yang disindirnya itu PAS kerana di negara ini PAS saja yang bercakap tentang pahala dan dosa dalam politik.

Politik itu ada jenayahnya. Hosni Mubarak dan Gaddafi adalah orang yang dituduh melakukan jenayah politik, tetapi tidak ada orang mengatakan politik mereka itu berdosa. Kalau pun dikata berdosa dan derhaka, mereka berdosa kepada rakyat dan derhaka kepada negara.

Tiada yang mengatakan mereka berdosa kepada Allah dan derhaka kepada Allah. Tetapi pemimpin PAS Tok Guru Nik Aziz berkata, politik seperti itu tidak sekadar berdosa kepada rakyat dan negara tetapi berdosa juga kepada Allah.

Chua Jui Meng, ketua PKR Johor berkata dalam Wacana Sinar, “PAS kata, rasuah berdosa.” Berdosa itu adalah pada sisi Allah.

Orang yang berdosa masuk neraka kecuali taubatnya diterima.

Rasuah itu adalah kejadian yang boleh berlaku dalam politik. Politik macam itu berdosa. Banyak lagi perbuatan poliltik yang berdosa.

Politik yang boleh berdosa itu adalah politik itu tidak dijadikan ibadat. Orang Islam mesti menjadikan politiknya sebagai ibadat. Ketika memula solat dia berikrar dalam doa Iftitah bahawa solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Tuhan semesta alam.

Maksud hidupku ialah segala kegiatan selepas lahir hinggalah mati. Antara kegiatan hidup itu ialah sekolah, kerja, kahwin, berniaga dan berpolitik. Maka mestilah politiknya politik ibadat.

Oleh kerana politik PAS itu politik Islam, maka politiknya adalah ibadat. Apa jua kegiatan politiknya jika diterima Allah sebagai amal soleh secaya mendapat pahala. Dengan pahala itulah semua masuk syurga.

Pahala itu bukan PAS yang menjanjikannya dan bukan PAS yang memberinya. Allah yang menjanjikan pahala dan syurga bagi yang beramal soleh. Apabila pilihanraya, mengundi dan kempen menjadi ibadat, maka terhindarlah ia dari maksiat, menipu undi, membeli undi, undi hantu dan sebagainya.

Tapi kalau niat tidak betul mengundi calon parti Islam pun tidak dapat pahala seperti banyak orang solat masuk neraka kerana solatnya lagho. Solat itu adalah jalan ke syurga, tetapi kalau solatnya lagho, dia tidak dapat pahala.

Demikian juga politik. Politik yang menjadi jalan ke syurga ialah politik yang diredha Allah. Politik yang diredhai itu ialah yang menjadikan politik itu ibadat. Barang siapa yang berada dalam politik ibadat itu dapatlah dia pahala.

PAS tidak memandai-mandai menjanjikan syurga kepada sesiapa, tetapi PAS sampaikan apa suruh sampaikan melalui al-Quran dan Sunnah NabiNya. Neraka dan syurga itu Allah yang punya. Dia saja yang menentukan siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka.

Apa yang dikatakanNya boleh masuk syurga, itu yang PAS kata. Dan apa pula yang menyebabkan masuk neraka, maka itulah PAS kata. Allah saja yang berhak berkata begitu dan menjanjikan begitu. PAS adalah sebagai pendakwah menyampaikan apa yang Allah janji.

Maka apa yang PAS sampaikan itulah dikatakan oleh Umno, PAS menjanjikan rasuah syurga kepada penyokongnya dan sekalian yang mengundinya. PAS tidak mendakwa begitu. Umno yang kata PAS kata begitu.

Sejak lebih 30 tahun dulu tak habis-habis Umno kata, PAS kata undi PAS masuk syurga.

sumber : The Malaysian Insider

12:40:00 PTG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

N36 Pengkalan Baru – Dr. Khairudin vs ????

Written By marhain jelata on 27 Mac 2012 | 9:39:00 PTG

Pendek cerita, PAS dah pun umumkan nama Dr. Khairudin bin Dato’ Hj. Abdul Malek sebagai calon di N36 Pengkalan Baru untuk PRU13. Pengumuman dah dibuat sejak tak kurang 5 bulan yang lalu.

Majoriti warga kawasan DUN Pengkalan Baru bahkan kawasan Parlimen Beruas telah sedia kenal Dr. Khairudin. Paling tidak pun, mereka tahu dan kenal ayah Dr. Khairudin iaitu Allahyarham Dato’ Malek yang pernah jadi ADUN di kawasan ini beberapa penggal sehingga tahun 1990. Dato’ Malek meninggalkan UMNO pada tahun 1988 bersama dengan pemimpin dan ahli UMNO yang menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Butiran ringkas tentang Dr. Khairudin ialah;

- anak tempatan
- seorang doktor perubatan yang ada klinik sendiri di Ipoh
- setakat ini menetap di Ipoh
- Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun
- Setiausaha Pakatan Rakyat negeri Perak
- mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak
- Pengerusi Gabungan NGO Islam Perak (JAMAIE)
- … dan pelbagai bentuk komitmen dalam pelbagai NGO lain

Biodata lengkap calon ini akan diedarkan kepada seluruh warga N36 dalam masa terdekat.

Persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah siapa calon UMNO/BN? Dr. Khairudin vs siapa? Sembang politik di merata ceruk dalam kawasan DUN Pengkalan Baru belum berhenti menyebut empat lima nama orang kuat UMNO Beruas sebagai bakal calon. Kempen dan lobi masih rancak berlangsung.

Kalau dikira kedudukan dalam hiraki UMNO Beruas, sangat mungkin Dato’ Abd Manaf Hashim akan jadi calon sebab dia adalah Ketua UMNO Bahagian. Khabarnya Dato’ Manaf juga akrab dengan Perdana Menteri kerana mereka sama seangkatan sewaktu masih dalam Pergerakan Pemuda sekitar awal tahun 90an dulu. Dato’ Manaf adalah Ketua Pemuda UMNO Beruas ketika Dato’ Seri Najib memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Namun begitu, kalau diperhatikan iklim politik seharian, kelibat Datuk Azhar Ahmad lebih menampakkan gaya langkah seorang calon. Panglima-panglima setia Datuk Azhar pun masih yakin boss mereka akan jadi YB. Pegawai Khas MB Perak ini dikatakan ada kelebihan kerana keakrabannya dengan orang nombor 1 UMNO Perak yang merupakan majikannya itu. Kalau Dato’ Seri Dr. Zambry ada power memutuskan nama calon yang akan diperakukan oleh Presiden UMNO, maka Datuk Azhar akan jadi pilihan. Begitulah cakap-cakap di merata kampung. Selain itu Datuk Azhar juga dah berjaya menjadikan ramai orang kuat UMNO akar umbi terhutang budi kepadanya. Datuk Azhar kelihatan sentiasa ‘pemurah’. Macam-macam bantuan dah disumbangkan oleh Datuk Azhar kepada warga N36 atas kapasiti Pegawai Khas MB atau Pejabat MB. Dato’ Manaf tak ada senjata ini.

Oleh kerana di kawasan Parlimen Beruas hanya ada satu kerusi untuk UMNO masuk gelanggang iaitu N36 ini, maka sekira-kiranya saingan untuk hanya satu kerusi itu bolehlah dikatakan terhad perebutannya di antara dua nama ini sahaja (Dato’ Manaf dan Datuk Azhar). Namun petanda yang ada tidak menunjukkan begitu. Ada lagi nama-nama yang dikatakan turut serta dalam saingan kali ini iaitu Cikgu Azman Noh (Naib Ketua Bahagian) dan Mohamad Ali Mansor (mantan Ketua Pemuda). Penyandang ADUN iaitu Dato’ Hamdi Abu Bakar juga nampaknya seperti masih berhajat.

Cikgu Azman Noh adalah sekutu Dato’ Manaf Hashim sejak zaman Pemuda sehingga kini. Bekas guru yang sekarang merupakan ahli perniagaan ini telah memenangi post Naib Ketua Bahagian pada tahun 2008 dalam satu pakej bersama Dato’ Manaf Hashim. Ketika itu Datuk Azhar Ahmad juga dianggap sebagai calon Timbalan Ketua Bahagian dari pakej Dato’ Manaf, namun statusnya hanya bersifat ‘terjun’ setelah Mohamad Ali Mansor menolak lamaran Dato’ Manaf dan beralih menyertai pakej Dato’ Hamdi Abu Bakar di saat akhir.

Bisik-bisik politik di kampung-kampung menggambarkan 2 keadaan tentang Cikgu Azman Noh. Naib Ketua Bahagian ini dikatakan memberi sokongan kepada Dato’ Manaf untuk jadi calon DUN Pengkalan Baru. Tetapi sekiranya Dato’ Manaf bersedia untuk jadi senator di Dewan Negara atau Dewan Rakyat (?) seperti yang diura-urakan, maka Cikgu Azman adalah pengganti yang direstui oleh UMNO Bahagian untuk bertanding di kerusi N36. Ketua Bahagian tidak merestui Timbalannya untuk jadi calon pilihanraya kerana tindak tanduk timbalannya itu selama ini kelihatan seperti ‘lebih sudu dari kuah’.

Di celah-celah sorong tarik lobi dan kempen di antara penjawat utama UMNO Bahagian Beruas itu, penyokong setia Mohamad Ali Mansor sehingga kini masih percaya bahawa mantan Ketua Pemuda itu tetap berpeluang cerah untuk jadi calon kerana dia memiliki kriteria ‘winnable candidate’ yang riuh rendah didendangkan mutakhir ini. Walau pun Mohamad Ali tidak memegang sebarang jawatan di peringkat Bahagian namun dia dikatakan turut berpeluang kerana ada hubungan baik dengan pemimpin UMNO peringkat Pusat khususnya Dato’ Seri Hishamudin dan Dato’ Khalid Nordin. Kedudukannya sebagai Pengerusi UITM Perak dan Ahli Lembaga Pengarah UITM dikatakan menjadi modal besar bagi nilai reputasinya untuk diketengahkan sebagai calon YB. Selain itu, faktor tambahan dalam usaha melobi pihak atasan agar memilih Mohamad Ali Mansor ialah sokongan padu daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.

Pesaing nombor 5 ialah Dato’ Hamdi Abu Bakar. Veteran ini juga tak wajar diperkecilkan kemampuannya untuk muncul sebagai pemenang (jadi calon pilihanraya). Penyandang kerusi ADUN ini merupakan veteran politik yang sangat berpengalaman dalam sepak terajang politik dalaman parti. Sekarang ini dia di penggal ke 5 sebagai ADUN sejak tahun 1990. Antara faktor menarik tentang YB veteran ini ialah jasa besarnya ketika episod ‘rampasan kuasa’ kerajaan negeri Perak pada awal tahun 2009. Adegan pujuk memujuk dan culik menculik melibatkan ADUN Bota yang menyeberang ‘pergi-balik’ dalam hanya beberapa hari ketika itu disempurnakan dengan baik oleh Dato’ Hamdi. Dia adalah pelakon utama yang sebenar. Begitulah yang dilaporkan di merata media maya.


Ringkas cerita, salah seorang daripada 5 pemimpin dan bekas pemimpin UMNO Beruas ini akan jadi tandingan Dr. Khairudin dalam pilihanraya yang dah semakin dekat.

Oleh kerana nama calon yang sebenar hanya akan diketahui di saat akhir sebelum hari penamaan calon maka semua yang bercita-cita masih boleh menaruh harapan. Masing-masing nampaknya terus berusaha gigih untuk terpilih. Pasukan penyokong setia terus menghebahkan kelebihan boss masing-masing. Memang menarik cuaca politik UMNO Beruas sekarang ini.

Kem Dato’ Manaf Hashim ditunjangi oleh Cikgu Azman Noh (Naib Ketua Bahagian), Mokhali Mohd Noor (AJK Bahagian), Cikgu Azizi (AJK Bahagian), Ariffin Jaafar (AJK Bahagian), Abd Manaf Layman (Ketua Kampung Tebuk Yan), Cikgu Badrul (Gunung Tunggal), Mustafa Yawaris (Beting Luas), Razali Mat Nayan (Akauntan MPM), Anuar Busu (Ketua Kampung Tengah) dan beberapa orang bekas AJK Pemuda di era Dato’ Manaf mengetuai pergerakan itu.

Kem Datuk Azhar Ahmad dibarisi oleh Ishak Ismail (Ketua Kampung Matang Kerian), Ahmad Wanchih (AJK Bahagian / Ketua Kampung Panchor), Mustafa Yon (Ketua Cawangan Tanjung Burung) dan beberapa orang Ketua Kampung yang asalnya dari kem Dato’ Hamdi.

Kem Mohamad Ali Mansor disertai oleh Ali Zainal Abidin (Ketua Pemuda Bahagian), Asma Zaki Mohd Saleh (AJK Bahagian / Naib Ketua Pemuda), Mohamad Kamal Majid (AJK Pemuda Bahagian), Kamal Husein (Ketua Cawangan Parit Amarikan), Abd Kadir Salleh (Ketua Kampung Sungai Batu, Cikgu Halim (Matang Acheh) dan bekas AJK Pemuda yang sezaman dengannya.

Kem Dato’ Hamdi dianggotai sebahagian veteran UMNO Beruas termasuk Zainal Abidin Mustafa (AJK Bahagian / Ketua Kampung Pengkalan Baru), Omar Sharif (AJK Bahagian / Ketua Kampung Tanjung Ara, Hasan Ismail (Ketua Kampung Matang Acheh), Ahmad Shukri Ismail (Ketua Cawangan Kampung Indah) dan beberapa orang bekas ketua kampung.

Persaingan 5 penjuru ini memang sengit. Macam-macam janji dan harapan didendangkan. Rekod pencapaian boss masing-masing dihebahkan sedaya mungkin. Cacat cela pesaing didedahkan semahu-mahunya. Sebahagian daripada peluru yang ditembak oleh 5 kem yang bersaing ini nampaknya macam fitnah. Ada yang berfakta, ada yang kabur.

Serang menyerang ini sudah bermula sejak lama. Modus operandinya pun agak menarik iaitu menjadikan laman blog penyokong Pakatan Rakyat sebagai medan pembongkaran. Konon-kononnya ini mainan politik PAS-PKR-DAP.

Sebahagian daripada tembakan meriam antara 5 kem ini boleh dibaca di laman web berikut:

Yang ini tak suka Dato’ Manaf. Pilihannya ialah Cikgu Azman Noh.


Cikgu Azman dan Cikgu Azizi kena hentam.


Suara anti Dato’ Manaf dan Datuk Azhar – perhatikan komen di bahagian bawah artikel:


Yang ini anti kem Dato’ Manaf. Ada cerita ‘cinta terlarang’. Ada cerita projek MAYANG. Ada cerita SPM Gred 3 dan tak lulus matematik tapi dapat masuk maktab. Fuh!







Kisah Dato’ Hamdi dan Kelab ICC. Ada cerita Jack Pot. Ada cerita PA tersayang. Macam-macam.


Pegawai Kanan Jabatan Hutan ditangkap oleh SPRM. Duit cash ada ratusan ribu. Sijil saham bernilai jutaan ringgit. Sembang-sembang dalam DUN Pengkalan Baru mengaitkan kes ini dengan Datuk Azhar. Empat kem yang menentang Datuk Azhar bercerita panjang tentang ‘mewah’nya kehidupan Pegawai Khas MB itu. Ada cerita Toyota Harrier. Ada cerita Mini Cooper. Ada cerita lot bungalow di Ipoh untuk adik-adik tercinta. Ada cerita ladang sawit di Sumatera. Macam-macam ada!



Ini bukti Dato’ Hamdi masih nak jadi calon pilihanraya. 3 YB termasuk Dato’ Hamdi menafikan laporan TV yang melaporkan mereka mahu berundur (tak mahu bertanding lagi dalam PRU13). Maknanya, masih mahu bertanding!


9:39:00 PTG | 10 ulasan | Baca sepenuhnya

UMNO = Brahma Menipu Paria Celaru

Written By marhain jelata on 20 Mac 2012 | 9:19:00 PTG

Artikel ini dipaparkan dalam blog Jeritan Minda Politik Malaysia pada 14 Februari 2009.

Menyelami Fikrah UMNO ....

Apa sebenarnya yang ada dalam pemikiran ahli dan penyokong UMNO? Kepercayaan apa yang terpasak dalam hati mereka? Adakah benar mereka menyokong UMNO kerana menjiwai idealisme perjuangan bangsa? Benarkah akal dan kalbu mereka sebati dengan fahaman kebangsaan (nasionalisme)? Benarkah mereka bangga dan kasih kepada bangsa mereka sehingga sedia berenang di lautan api dan sanggup bertempur hingga ke titisan darah yang terakhir demi memartabatkan ketuanan bangsa iaitu ketuanan Melayu?

Kajian ini amat penting jika kita serius mahu menganjak persepsi dan merobah hala-tuju bangsa Melayu dalam hal dan urusan politik.

Melayu yang dari awal lagi sudah UMNO memang sukar dirobah pendiriannya. Melayu remaja dan muda yang terdedah kepada dunia maklumat pun masih terus ada yang mengisi borang permohonan keahlian UMNO. Melayu yang pernah menyertai parti politik lain (PAS, PKR, HAMIM, BERJASA dan lain-lain) juga ada yang kini menyertai atau menyokong UMNO.

Pesaing utama UMNO di pasaran politik bangsa Melayu sejak pra-merdeka hingga kini ialah PAS. Keahlian PAS terus meningkat. Anak muda Melayu yang berpelajaran lebih cenderong memilih PAS. Sejak DS Anwar Ibrahim meninggalkan UMNO, ramai belia dan pemuda berpelajaran memilih PKN dan kini PKR sebagai wadah politik. Namun UMNO masih ada daya untuk terus berkayuh. Pewujudan Putera dan Puteri UMNO berhasil juga memberi nafas bonus kepada UMNO. Dua sayap baru ini menjadi sumber bagi Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO untuk merekrut keahlian. Gelanggang tempur politik ini masih imbang kekuatan antara peserta-pesertanya.

Kenapa Melayu UMNO masih mahu kekal dengan UMNO? Apa yang ada dalam UMNO?

Sesungguhnya tiada idealisme apa pun yang dijiwai oleh pemimpin UMNO atau ahli biasanya. Nasionalisme atau semangat kebangsaan Melayu telah lama hilang dari kamus dan diari perjuangan UMNO. Hakikat sebuah 'perjuangan' itu pun sebenarnya sudah pupus. Ketuanan Melayu hanya ada di mulut pemimpin UMNO tapi tiada di fikiran dan jauh sekali di hati. Melayu di tangan UMNO sudah lama hilang martabat sebagai 'tuan'. Melayu UMNO tahu betapa Melayu bukan lagi tuan di Tanah Melayu. Namun mereka tak mahu menginsafi bahawa Melayu hari ini hanya tuan di mulut tetapi tidak di mata dan di hati.

Bahasa yang kononnya jiwa bangsa itu pun diterajang oleh pemimpin-pemimpin besar UMNO dengan memaksakan PPSMI. Pemimpin kecil dan ahli UMNO angguk saja. Mujurlah akhirnya UMNO kelihatan mahu menimbang semula untuk menarik balik keterlanjuran itu setelah bertahun-tahun Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu NGO dan Melayu karyawan membangkang polisi itu.

UMNO juga gagal mempertahankan budaya bangsa Melayu, malah istilah budaya itu sendiri pun gagal difahami. Budaya dari sudut pandang UMNO hanya berkisar pada laku seni dan libur. Budaya yang dimartabatkan oleh UMNO hanya berlegar di medan nyanyi, tari, lakon dan pementasan klasik seumpama Mak Yong dan Menora. Kerana sudut pandang itulah maka kementerian yang menguruskan budaya cuma diberi tugas yang berkisar di FINAS, Istana Budaya dan industri perfileman selain dari sedikit tanggungjawab berkaitan warisan sejarah.

Budaya Melayu yang sebenarnya adalah pada seluruh prinsip dan nilai kehidupan bangsa kita bertunjangkan aqidah Islam sebagai sistemnya. Budaya Melayu itu adalah pada sopan santun keperibadian, keprihatinan bertolong-tolongan, kerukunan hubungan bermasyarakat, kesanggupan berkorban harta dan nyawa demi keyakinan, kegigihan meneroka kejayaan dan pelbagai keazaman murni yang hebat belaka.

Mana satu budaya Melayu yang berjaya dimartabatkan oleh UMNO? Budaya Balck Metal? Budaya buang anak? Budaya hisap dadah? Budaya tukar agama? Budaya jantan betina berpeleseran dan bersekedudukan? Budaya beri dan minta rasuah? Budaya bolot harta rakyat? Budaya berebut pangkat? Budaya ugut? Budaya buta Quran? Budaya rempit?

UMNO selamanya menafikan pertanggungjawaban mereka atas kehancuran jati diri anak bangsa seperti yang dinyatakan ini. UMNO menyalahkan ibubapa yang mendidik dan guru-guru yang mengajar. UMNO tak mahu menginsafi betapa puncanya ialah persekitaran busuk yang mereka sediakan melalui dasar yang diperkenalkan sejak merdeka. Namun begitulah mentaliti UMNO!

Baki nyawa UMNO yang masih liat itu berdenyut dalam diri ahli UMNO di peringkat cawangan. Di level itulah UMNO bertapak teguh. Pemimpin UMNO yang tak menggalas sebarang wawasan bangsa itu tetap dapat bersinggahsana di tampuk kuasa dengan sokongan, kerja dan undi ahli UMNO peringkat cawangan. Panglima dan pendekar UMNO level cawangan yang 'agi idup agi ngelaban' itu adalah kelompok yang tak mungkin sampai kemana-mana dalam hiraki UMNO tapi merekalah nyawa sebenar UMNO.

Kenapa mereka begitu setia?

UMNO level itu kekal setia kerana masih percaya bahawa parti mereka adalah wadah bangsa dan pemimpin mereka adalah pejuang bangsa. Mereka percaya bangsa Melayu sedang terancam. Bangsa lain sedang melangkah untuk merampas hak Melayu. Ketuanan Bangsa @ Ketuanan Melayu sedang digugat. Parti Melayu tulen hanyalah UMNO. Maka sebagai anak Melayu "aku wajib bersama UMNO demi mempertahankan ketuanan, kedaulatan dan hak bangsa'. Melayu jenis ini pasti melompat marah jika UMNO dipertikai apatah lagi dihina.

Melayu UMNO level paling bawah tapi paling ramai jumlahnya ini yakin bahawa tanahair merdeka ini adalah hasil mahsul perjuangan UMNO. Tanpa UMNO tiadalah merdeka. Maka membenci UMNO adalah kufur nikmat manakala menentang UMNO adalah khianat. Mereka mengakui UMNO ada salah dan silap tapi meninggalkan UMNO tetap tak patut. Salah silap dalam UMNO perlu diperbetulkan dari dalam UMNO sendiri. Sejarah perjuangan UMNO memerdekakan negara tak harus dilupakan begitu saja. Bumi mana tak ditimpa hujan? Dek kerana itu, sebusuk mana sekalipun UMNO, ia tetap wadah kebanggaan bangsa yang mesti dipertahankan. Aduh!

UMNO level ini juga amat sentimental dengan sekupang dua yang pernah dihulurkan oleh kerajaan UMNO sepanjang hidup mereka. Sekupang dua bantuan dan sekangkang dua kangkang tanah yang diterima itu tersemat kukuh sebagai 'jasa' UMNO yang wajib dikenang dan di balas.

"Semua orang ada baik dan ada buruk. UMNO ada baik dan buruk. PAS ada baik dan buruk. PKR ada baik dan buruk. Seburuk manapun UMNO, baiknya tetap ada. Yang baik itu kita nak buang ke mana? PAS bagus tapi hal apa yang PAS pernah berjasa kepada kami? PKR baru berapa tahun saja umurnya. Tak payah tanyalah tentang jasa!" Begitulah kenyataan sebenar seorang ahli UMNO level ini yang pernah jadi ketua pemuda UMNO cawangan 20 tahun dulu.

Pemimpin UMNO boleh diiktiraf berjaya men'doktrin'kan dalam jiwa Melayu level paling bawah ini tentang 'jasa-setia-kenang-balas' yang mereka projekkan dengan belanja besar. Media elektronik, media cetak, BTN, JASA, JAKIM, IKIM dan sekelian jentera yang berkaitan telah melaksanakan tugas dengan baik. Rakyat yang sekolah sikit-sikit sahaja dan kemudiannya jadi ahli UMNO memang beraqidah sungguh-sungguh dengan rukun 'jasa' ini. Aduh!

Kalau di India dulukala darjat paling tinggi ialah Brahma dan paling rendah bernama Paria. Bila-bila pun si Brahma akan memperkuda si Paria. Titah Brahma titah keramat. Darjat Paria wajib mengiakan segalanya. Benar atau palsu bukan soalnya. Begitu jugalah jadinya dengan UMNO. Titah pemimpin besar UMNO umpama wahyu kerana mereka telah berjaya mem'brahma'kan diri mereka. UMNO level cawangan telah di'paria'kan oleh brahma Presiden, brahma Timbalan, brahma Naib dan brahma MT. Pemimpin UMNO Bahagian pun kadang-kadang nak jadi brahma.

Banyaklah wahyu dan sabda Brahma UMNO yang tersemat kukuh difikiran dan jiwa UMNO Paria. Kerana wahyu dan sabda itulah maka PAS kekal ekstremis di mata paria. PKR hanya demi Anwar. DAP komunis. Pakatan Rakyat ganas. Pilih PAS mundur. Pilih PKR, hilanglah ketuanan bangsa. Undi Pakatan Rakyat, DAP yang jadi raja. Undi DAP masuk neraka. Undi DAP merempatlah bangsa.

Kesimpulannya, kalau kita serius nak membina Malaysia baru yang bebas daripada politik rasuah dan budaya C4 maka kita mesti mencari jalan untuk memecahkan tembok minda Melayu UMNO level paling bawah ini. Kita mesti suluh jalan dan bimbing tangan mereka. Kekudusan brahma UMNO dalam minda paria mesti dihancurkan dengan C4. Peduli apa? Nanti biar Sirul yang tanggung akibatnya!
9:19:00 PTG | 1 ulasan | Baca sepenuhnya

Kisah Silam PAS Beruas - Pejuang Kecil Yang Berjiwa Besar

Catatan ini dimuatkan dalam blog Jeritan Minda Politik Malaysia pada 9 April 2009.

Sambil meng'edit' catitan, laporan dan foto PRK059 aku teringat politik aku lebih 30 tahun dulu. Waktu itu kampung aku belum ada bekalan elektrik. Nak tengok TV yang guna bateri kereta, kena beratur di pintu rumah cikgu Ramli. Bayar sekupang baru boleh masuk menonton. Dua tiga minggu sekali mak aku bagi izin tengok TV. Aku masih di sekolah rendah yang tak ada bekalan elektrik. Mandi air telaga bawah gon belakang rumah. Hampir waktu maghrib cucuh pelita katak atau pelita cempeni guna minyak tanah. Hidung gerenti berjelaga.

Di kampung aku ada dua tiga belas orang PAS termasuk aku yang belum bersunat. Semua pejuang-pejuang itu dah lama meninggalkan aku nun jauh di alam baqa'. Waktu itu, seminggu sekali pejuang-pejuang itu adakan usrah dari rumah ke rumah. Usrah zaman itu lebih kurang macam kuliah zaman ini. Kadang-kadang macam ceramah kelompok. Aku jadi pekerja tetap menghidang kopi dan santapan ringan. Tiap-tiap minggu bertahun-tahun. Seingat aku, masa aku di asrama sekolah menengah malah ketika aku dah di universiti, usrah dari rumah ke rumah itu masih berjalan.

Hari ini ahli PAS di kampung aku jumlahnya 311 orang. Kalau dicampur dengan penyokong yang tak daftar keahlian, jumlah kasarnya melebihi 500 orang. Kampung-kampung berdekatan agak slow sikit perkembangannya. Tapi banyak kampung yang asalnya tak ada ahli PAS, empat lima tahun kemudian dah boleh tubuh cawangan. Makin lama makin banyak cawangan.

PAS dah bertanding di tempat aku dalam pilihanraya umum sebelum aku reti baca abc lagi. Yang ada dalam ingatan aku hanya bermula pada PRU 6 tahun 1978. PAS bertanding kerusi DUN dan Parlimen. Aku yang masih kemetot bersama dua tiga orang kawan sebaya dilantik jadi petugas menampal poster. Masak tepung ubi kayu buat gam. Cabut empulur sabut nyior jadikan berus. Berjalan malam dalam gelap tampal poster di merata batang pokok nyior. Kena jerkah dengan UMNO tua. Keputusannya PAS hilang deposit. Dapat beberapa ratus undi sahaja.

Waktu itu kenderaan semua pejuang kampung aku hanyalah basikal. Dengan kenderaan itulah mereka bergerak dalam lingkungan 20-30 km radius. Aku jadi pembonceng setia. Nak mesyuarat jauh sikit kena naik bas. Surat menyurat semua dengan tulisan tangan. Kadang-kadang pinjam mesin taip Pak Mat Pistol. Usrah terus berjalan. Ahli terus bertambah. PAS terus kalah dalam PRU 7 (1982), 8 (1986), 9 (1990), 10 (1995) dan 11 (2004). Dalam PRU12 tahun lalu (2008) PAS masih kalah tapi majoriti tinggal 14 undi sahaja. Aku tersandar di tepi longkang depan pusat penjumlahan undi kerana angka 14 itu. Majoriti paling kecil dalam Malaysia. Mudah-mudahan ketika PRU13 nanti atau pilihanraya negeri selepas DUN bubar tak lama lagi, PAS diberi kemenangan sulung di tempat aku. Kalau aku masih bernafas di saat kemenangan itu, mungkin akulah manusia paling gembira dalam dunia.

Tribute to all pejuang-pejuang kecil kampung aku. Aku yakin mereka kini aman disisi Allah dengan rezki yang dijanjikanNya. Pak Teh Jaafar, Pak Mat Pistol, Cikgu Johor, Pak Lang Dod, Cikgu Haris, Pak Teh Che' Amat dan Tok Lebai Lah masih segar dalam ingatan aku. Aku peluk cium jenazah Ayah Da Ustaz Saad dua tahun yang lalu. Ayah Da adalah setiausaha pertama PAS ranting kampung aku pada penghujung tahun 50an sebaris usia penubuhan PAS sendiri. Ayah Da kekal istiqamah dari zaman jalan kaki hingga zaman kapal terbang membawa ke hembusan nafas terakhirnya. Aku dapat rasakan kesyahidannya ketika memandang wajahnya dan mencium dahinya yang dah jadi jenazah. Takbir!

Begitu juga pejuang kecil dari dalam rumah aku. Bagi aku dia pejuang besar kerana aku terlalu mengenali jiwanya sejak aku masih kecil. Ketika PRU 1978 dan 1982, pejuang kecil ini keluar rumah waktu aku belum bangun dari tidur, dan pulang ke rumah waktu aku telah pun tidur. Kadang-kadang tak balik dua tiga hari malah pernah sampai seminggu kerana menunaikan tanggungjawab perjuangan.

Ketika uzur lewat usia pertengahan enam puluhan, pejuang kecil ini masih bergelut dengan agenda pendidikannya disamping membimbing arah tuju pejuang-pejuang baru. Dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, semangat pejuang kecil ini masih berkobar-kobar. Aku dipanggil bermesyuarat dua orang. Aku dan dia sahaja. Mengemaskini blueprint pusat tarbiyyah yang mula dibangunkannya tiga tahun sebelum itu. Pukul tujuh petang, tujuh jam sebelum ajal, di pertemuan terakhir dua insan, aku dan dia, perkataannya masih soal perjuangan. Pesanannya masih tentang jamaah dan dakwah sedangkan matanya sudah jauh merenung kehidupan abadi yang bakal bermula sebentar lagi. Pejuang kecil berangkat ke Kuala Lumpur untuk hadir menyaksikan anak bongsu menerima ijazah di UIA. Sebaik kenderaan yang membawa pejuang kecil hilang dari pandangan aku, hati aku dah bersedia menerima dia pergi untuk selama-lamanya. Lidah dan mulut aku bercerita kepada kawan-kawan dan sanak saudara bahawa nampaknya macam pejuang kecil dah siap berangkat pergi bukan hanya ke Kuala Lumpur tapi ke destinasi kekasihnya yang abadi. Pukul 2 pagi, malaikat datang menjemputnya. Bila telefon berdering pukul 5 pagi, air mata aku dah berderai sebelum sempat mengangkat gagang. Duhai pejuang! aku dapat merasakanya sejak petang tadi. Selamat berkelana!

Aku memandikan jenazah yang kuning berpeluh itu dengan rayuan dulu kini dan selama-lamanya ... Ya Allah tempatkanlah roh si mati ini bersama syuhada' dan solehin.

Engkau tidak mati wahai pejuang kecil! Disisi Allah rezkimu melimpah ruah. Aku datang ke dunia ini melalui tulang sulbimu duhai ayahanda. Aku bangga jadi anakandamu!

klik di sini untuk baca Nostalgia PAS Beruas
8:52:00 PTG | 2 ulasan | Baca sepenuhnya

Timbalan Presiden - PAS Beruas Calonkan Mohd Sabu

Written By marhain jelata on 16 April 2011 | 5:36:00 PTG



Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas yang berlangsung hari ini sebulat suara mencalonkan Hj. Mohd Sabu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS Pusat awal Jun depan. Turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah Dato' Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Walau bagaimana pun cadangan untuk pencalonan dua tokoh ini ditarik balik oleh pencadang masing-masing selepas dibincangkan oleh beberapa orang perwakilan.

Berikut adalah keputusan pencalonan untuk tiga jawatan tertinggi PAS Pusat yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Agung:
  • Presiden : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
  • Timbalan Presiden : Tuan Haji Mohamad Sabu.
  • Naib Presiden 1 : Dato' Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin.
  • Naib Presiden 2 : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.
  • Naib Presiden 3 : YB Salehuddin Ayub.
Penentuan nama-nama calon 20 orang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dimandatkan kepada mesyuarat AJK PAS Kawasan untuk memutuskannya.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas kali ke 47 hari ini dirasmikan oleh YB Dr Hj Mujahid Yusof (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat / Ahli Parlimen Parit Buntar).


5:36:00 PTG | 1 ulasan | Baca sepenuhnya

Ceramah Mat Sabu & Bob Lokman

Written By marhain jelata on 18 Mac 2011 | 4:16:00 PG

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir ke majlis ceramah Tuan Hj. Mohd Sabu dan Bob Lokman yang akan diadakan pada jam 9.00 malam, hari Selasa, 22 Mac 2011 bertempat di rumah Tuan Haji Nawi, kampung Bakar Bata. Turut serta menyampaikan ucapan ialah Dr. Hj. Khairudin Abdul Malek (Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak).

Kepada semua yang membaca makluman ini, sila hebahkan kepada seramai mungkin rakyat Malaysia yang berdekatan dengan lokasi majlis.

Jom sama-sama menjayakannya!
4:16:00 PG | 0 ulasan | Baca sepenuhnya

PEKELILING - MESYUARAT AGUNG

Written By marhain jelata on 02 Mac 2011 | 1:42:00 PG

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas akan diadakan pada 16 April 2011 (Sabtu) bermula jam 9.00 pagi di Markaz PAS Cawangan Sungai Batu. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YB Dato' Seri Ir. Hj. Mohamad Nizar Jamaluddin.
Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:
1. Mesyuarat Agung Dewan-Dewan dan Cawangan-Cawangan hendaklah diadakan sebelum 6 April 2011.
2.Perwakilan Dewan-Dewan ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan adalah seramai 15 orang.
3.Perwakilan Cawangan-Cawangan ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan adalah seramai 10 orang termasuk Ketua dan Setiausaha Cawangan. Mana-mana ahli Cawangan yang merupakan AJK PAS Kawasan adalah tidak dikira dalam bilangan perwakilan Cawangan ke Kawasan.
4.Semua ahli-ahli PAS Kawasan Beruas dialu-alukan hadir ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan sebagai tetamu dan pemerhati.
5.Bendahari Cawangan hendaklah memastikan setiap ahli PAS Cawangan membayar yuran tahunan (2011) mengikut Perlembagaan PAS (Pindaan 2001/2009) Fasal 75(3)(a). Kutipan yuran tersebut hendaklah diserahkan kepada Bendahari PAS Kawasan sebelum tarikh Mesyuarat Agung PAS Kawasan (sebelum atau pada 5 April 2011).
6.Agenda Mesyuarat Agung PAS Cawangan dan Dewan adalah seperti berikut:
- Ucapan dan peringatan oleh Pengerusi Mesyuarat
- Membentang dan menerima minit, lapuran dan penyata:
.. 1. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu (2010).
.. 2. Membentang Laporan Tahunan PAS Cawangan (2010/2011).
.. 3. Membentang Penyata Kewangan berakhir pada 31 Disember 2010.
.. 4. Memilih AJK Cawangan bagi sessi 2011/2013.
.. 5. Mencalunkan AJK PAS Kawasan sessi 2011/2013.
.. 6. Mencalunkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan.
.. 7. Mencalunkan Pemeriksa Kira-Kira I dan II.
.. 8. Memilih Perwakilan ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan.
.. 9. Membahaskan usul-usul, sama ada usul untuk dilaksanakan di Cawangan atau yang hendak dibawa ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan.
.. 10. Ucapan Penangguhan.
7. Cawangan hendaklah menghantar dan mengemukakan Penyata Tahunan kepada Pendaftar Pertubuhan (melalui Pejabat Agung) yang terdiri daripada: Tiga (3) salinan Borang 9, Tiga (3) salinan Penyata Kewangan, Tiga (3) salinan Minit Mesyuarat Agung masing-masing dan Tiga (3) salinan Senarai AJK (lengkap dengan Bil, Nama, Nombor KP, Pekerjaan, Alamat Tempat Kerja dan Alamat Tempat Tinggal). Semua salinan tersebut di atas hendaklah ditandatangani secara hidup oleh dua orang pemegang jawatan di Cawangan atau Dewan masing-masing.
8. Cawangan dan Dewan digalakkan menjemput tokoh-tokoh PAS setempat atau luar kawasan sebagai Perasmi Mesyuarat Agung dan hendaklah memaklumkan kepada Setiausaha PAS Kawasan atau kepada mana-mana Pemerhati dari PAS Kawasan seperti yang telah ditetapkan, berserta maklumat tarikh, masa dan tempat mesyuarat.

SENARAI PEMERHATI / WAKIL PAS KAWASAN
KE MESYUARAT AGUNG CAWANGAN
BilCawanganWakil Kawasan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
Panchor
Sg Tuntung
Pengkalan Bharu
Matang Kerian
Ujung Pasir
Pantai Remis
Sungai Batu
Parit Amerikan
Tebuk Yan
Matang Acheh
Padang Serai
Kg Changkat
Dendang
Pintu Gerbang
Bt 36 Jln Sitiawan
Kg Kota
Kg Kedah
Bakar Bata
Taman Iswara
Batu 16 Ayer Tawar
Bandar Ayer Tawar
Paya Nibong
Bumi Hijau
Changkat Chermin
Kg Tengah
Kg Che Puteh
Paya Ara
Dewan Pemuda
Dewan Muslimat
NYDP dan Pengarah MTD
YDP dan Ghani Ahmad
YDP dan Ghani Ahmad
YDP dan NYDP
Bendahari dan Timb. Pengarah 1 MTD
TYDP dan Shohaimi Omar
YDP dan SU
Ketua dan Timb. Ketua Dewan Pemuda
Khusairi dan Jekefli
PSU dan Timb. Pengarah 1 MTD
TYDP dan Bendahari
YDP dan PSU
Pengarah dan Timb. Pengarah 1 MTD
Pengarah dan Timb. Pengarah 1 MTD
Ketua dan Timb. Ketua Dewan Pemuda
SU dan PSU
NYDP dan Ketua Penerangan
Khusairi dan Jekefli
YDP dan Bendahari
YDP dan SU
YDP dan Pengarah MTD
SU dan Timb. Pengarah 1 MTD
NYDP dan Ketua Penerangan
Ustaz Hazli dan Abas
PSU dan Pengarah MTD
YDP dan Ketua Dewan Pemuda
PSU dan SU MTD
YDP dan SU
YDP dan SU
1:42:00 PG | 1 ulasan | Baca sepenuhnya

MENGAPA SERTAI PAS (SIRI 2 - DALIL 11-18)

Written By marhain jelata on 27 Februari 2011 | 4:27:00 PG

Dalil 11:

من خرج من الطاعة وفارق الجماعة فمات مات ميتة جاهلية٠

“Sesiapa yang keluar daripada ketaatan dan meninggalkan jamaah, lalu dia mati (dalam keadaan itu), maka matinya adalah mati jahiliah….”

( Al-Hadith : riwayat Muslim,dalam Sahihnya,
Kitab Al-Imarah, 3:1476-1477, dari Hadith Abu Hurairah )

Dalil 12:

من فارق الجماعة شبرا فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه٠

“Sesiapa yang meninggalkan jamaah hanya sejauh sejengkal, maka dia telah melucutkan ikatan Islam daripada lehernya.”

( Al-Hadith : riwayat Ahmad, Sahih Al-Jami’us Soghir, 5:326 )

Dalil 13 dan 14:

Rasulullah SAW juga memberikan amaran berikut:

من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات ميتة جاهلية

“Sesiapa yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang (berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang (berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati jahiliah”.
( Al-Hadith )

من مات لم يغز ولم ينو الغزو فمات على شعبة من النفاق

“Sesiapa yang mati (sedangkan sepanjang hidupnya) tidak pernah berperang (berjuang di jalan Allah) dan tidak pernah berniat untuk berperang (berjuang di jalan Allah), maka matinya adalah mati dalam salah satu cabang nifaq (munafiq)”.
( Al-Hadith )

Keterangan Hadith :

Apabila dikatakan bahawa kematian orang yang tidak berperang (berjuang di jalan Allah) adalah ‘mati jahiliah’ dan ‘mati seorang munafiq’ maka ianya bermaksud orang yang mati itu tidak diiktiraf keIslamannya. Pendek kata, dia bukan seorang Muslim di sisi Allah SWT.

Apa kaitannya dengan Jamaah Islam?

Berperang adalah urusan berkumpulan, sama ada bersama pasukan tentera yang dibentuk oleh negara Islam atau bersama pasukan yang ditubuhkan oleh umat Islam untuk berdepan dengan kezaliman dalam negara yang bukan negara Islam.

Peperangan tidak boleh berlaku dengan tindakan seorang diri. Ia adalah tindakan berkumpulan iaitu secara jama’ie. Dengan kata lain, peperangan adalah urusan Jamaah Islam yang bangkit berdepan dengan kezaliman musuh-musuh Allah SWT.

Orang yang berperang di jalan Allah ialah orang yang menyertai Jamaah Islam. Sebaliknya, orang yang enggan menyertai Jamaah Islam adalah orang yang enggan berperang di jalan Allah. Golongan inilah yang mati dalam keadaan jahiliah dan munafiq.

Apa kaitannya dengan PAS?

Seperti yang telah dinyatakan di sepanjang bab ini, PAS adalah Jamaah yang menepati ciri-ciri Jamaah Islam sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadith.

PAS melaksanakan kerja-kerja amar makruf nahi mungkar dan berdepan dengan golongan yang mengingkari serta memusuhi pelaksanaan Islam yang syumul.

Oleh itu, PAS berada di atas landasan ‘berperang’ ( الغزو ) di jalan Allah SWT, yang juga bermaksud ‘berjuang di jalan Allah’ seperti yang dituntut oleh Hadith ini.

Maka sepatutnya kita bertambah yakin bahawa kita wajib menyertai PAS supaya dapat berada di atas landasan ‘berperang’ di jalan Allah, lalu dengan itu terhindarlah kita daripada mati jahiliah dan mati munafiq. Dengan perkataan lain, kita dapat berada di atas landasan yang menuju ke arah mati sebagai seorang muslim.

Seterusnya di dalam surah At-Taubah, Allah memerintahkan hambanya supaya ‘berangkat’ melaksanakan tugasan pada jalanNya. Ia adalah tugas besar yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa. Sekiranya kita meneliti ayat-ayat ini, semakin jelas kelihatan penekanan Allah tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.

Bersama dengan perintah itu, Allah SWT turut memberikan ancaman kepada hamba-hambanya yang enggan menunaikan perintah ‘berangkat’ ke jalanNya itu. Golongan yang ‘enggan berangkat’ itu diancam dengan azab siksa yang bersangatan pedihnya.

Dalil 15 :

يا ايها الذين امنوا ما لكم اذا قيل لكم انفروا فى سبيل الله اثاقلتم الى الارض ارضيتم بالحيا ة الدنيا من الاخرة فما متاع الحياة الدنيا فى الاخرة الا قليل. الا تنفروا يعذبكم عذابا اليما ويستبدل قوما غيركم ولا تضروه شيأ والله على كل شيء قدير

“Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepadamu : "Berangkatlah kamu berjuang di jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan lebih suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka kehidupan dunia ini berbanding kehidupan akhirat? (Kesukaan kamu itu salah, kerana) kenikmatan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding (kesenangan hidup) di akhirat kelak. ◊ Jika kamu tidak berangkat (untuk berjuang di jalan Allah - membela agamanya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya, dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
( At-Taubah : ayat 38-39 )

Dalil 16:

.انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا باموالكم وانفسكم فى سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون

“Berangkatlah kamu (untuk berjihad pada jalan Allah), sama ada dalam keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dalam keadaan berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.”
( At-Taubah : ayat 41 )

Kita juga patut bimbang kehilangan status ‘iman’ dan bimbang terjerumus ke dalam golongan ‘fasiq’ akibat keengganan menyertai amal Islami bersama Jamaah Islam. Ayat-ayat berikut amat menggentarkan hati;

Dalil 17:

لا يستأذنك الذين يوء منون بالله واليوم الاخر ان يجاهدوا بأموالهم وأمفسهم والله عليم بالمتقين. انما يستأذنك الذين لا يوءمنون بالله واليوم الاخر وارتابت قلوبهم فهم فى ريبهم يترددون

“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka, dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui siapakah sebenarnya yang benar-benar bertaqwa. ◊ Sesungguhnya yang akan meminta izin daripadamu (wahai Muhammad) – (untuk tidak turut serta berjuang di jalan Allah) hanyalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hati mereka (sangat) ragu-ragu, oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguan itu.”
( At-Taubah : ayat 44-45 )

Keterangan ayat :

Allah menegaskan bahawa orang yang beriman tidak mungkin meminta pelepasan daripada tanggungjawab jihad yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa ( باموالهم وانفسهم ). Penunaian tanggungjawab itulah yang mengangkat darjatnya ke tahap ‘muttaqin’ (orang bertaqwa).

Seterusnya Allah menjelaskan hakikat manusia yang meminta pelepasan atau mengelak daripada turut serta dalam tugasan jihad. Hakikatnya ialah mereka itu ‘tidak beriman’.

Hakikatnya mereka tidak percaya tentang Allah dan tidak percaya tentang Akhirat - (لا يوءمنون باالله واليوم الاخر ).

Sebenarnya hati mereka ragu-ragu tentang Allah dan lain-lain binaan iman -
( ارتابت قلوبهم ).

Keraguan itulah yang menyebabkan mereka bingung dan teragak-agak untuk menyertai jihad dengan sepenuh komitmen - ( فهم فى ريبهم يترددون ).

Dalil 18 :

قل ان كان أبأوكم وأبنأوكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال ن اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب اليكم من الله ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لا يهدى القوم الفاسقين


“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada golongan yang fasik (derhaka).”
( At-Taubah : ayat 24 )

Keterangan ayat :

Allah memberi amaran kepada manusia supaya tidak silap menyusun keutamaan tumpuan dalam hidup. Orang yang beriman wajib meletakkan urusan Allah, urusan Rasul dan urusan jihad mengatasi semua urusan kehidupan yang lain, termasuk urusan-urusan yang biasanya menjadi fokus manusia, iaitu;

1. Urusan keluarga.
2. Urusan harta dan perniagaan.
3. Urusan kualiti keselesaan kediaman.

Sekiranya manusia lebih mengutamakan mana-mana urusan ini berbanding tumpuan kepada Allah, Rasul dan jihad – maka layaklah mereka menerima hukuman daripada Allah SWT. Ancaman Allah tentang hukuman ini amat menakutkan, iaitu “tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya)” - ( فتربصوا حتى يائتي الله بامره ). Manusia yang salah fokus ini disifatkan oleh Allah sebagai golongan yang fasiq ( القوم الفاسقين ).

Berdasarkan semua dalil dan hujah ini, maka kita patut insaf bahawa wajib atas diri kita supaya menyertai PAS dan memberikan sepenuh komitmen kepada kerja-kerja Jamaah Islam ini, dalam perjuangan menegakkan Kalimah Allah di negara ini dan seluruh dunia. Insafi wahyu Allah ini;

واصبر نفسك مع الذين يدعون ربهم بالغدوة والعشي يريدون وجهه ولا تعد عيناك عنهم تريد زينة الحياة الدنيا ولا تطع من أغفلنا قلبه عن ذكرنا واتبع هواه وكان أمره فرطا

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah kamu memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah kamu mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
( Al-Kahfi : ayat 28 )





4:27:00 PG | 1 ulasan | Baca sepenuhnya

KUZIDAR - Produk UMNO Perak

Written By marhain jelata on 25 Februari 2011 | 9:36:00 PTG

Pejabat PAS Beruas ditanya tentang sebuah pertubuhan bernama KUZIDAR yang sedang bergerak menganjurkan aktiviti keagamaan di masjid dan surau sekitar kawasan Parlimen Beruas. Terkini, dilaporkan bahawa Setiausaha KUZIDAR akan menyampaikan ceramah di surau kampung Che' Puteh Beruas.

Untuk makluman, KUZIDAR merupakan nama singkatan bagi Kumpulan Zikir Darul Ridzuan yang tidak dapat dipastikan status pendaftarannya dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan. Namun begitu adalah dipercayai pertubuhan ini merupakan produk UMNO Perak sebagai salah satu usaha menyalurkan maklumat kepada orang ramai demi kepentingan politik UMNO.


Laman Facebook KUZIDAR diuruskan oleh Taufik Yusoff dan Atoullah Ali.

Antara yang menjadi rakan kepada akaun Facebook KUZIDAR ialah Dato' Ramli Zahari, Dato' Zahid Hamidi, Ismail Saffian (Pegawai Khas MB Zambry & bekas calon BN semasa PRK Bukit Gantang), Azman Noh (Naib Ketua UMNO Bahagian Beruas), Mokhali Nor (orang kuat UMNO Beruas), Ustaz Abd Razak Ismail (Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Beruas), Manaf Layman (orang kuat UMNO Beruas) dan ramai lagi aktivis UMNO.

9:36:00 PTG | 1 ulasan | Baca sepenuhnya

MENGAPA SERTAI PAS (SIRI 1 - DALIL 1-10)

Written By marhain jelata on 24 Februari 2011 | 6:51:00 PG

MENGAPA SERTAI PAS?
Sebab:
  1. Setiap muslim/muslimah wajib menyertai Jamaah Islam.
  2. Tidak bersama Jamaah ( فارق الجماعة )adalah kesalahan besar di sisi Allah.
  3. PAS adalah Jamaah Islam.
  4. Dasar dan praktik PAS menepati ciri-ciri Jamaah Islam seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadith.
Keterangan am:

Al-Quran dan Hadith memerintahkan setiap muslim dan muslimah supaya menyertai Jamaah Islam. Maksud Jamaah Islam ialah organisasi umat Islam yang 'berstruktur lengkap' seperti pertubuhan atau persatuan atau parti dalam konteks hari ini. Organisasi itu bergerak untuk mencapai cita-cita Islam yang menyeluruh (syumul) dengan menggunakan kaedah dan pendekatan dakwah yang diteladankan oleh Rasulullah SAW.

Iltizam (komitmen) kepada kerja-kerja organisasi ini disebut sebagai 'amal jamaie' yang disifatkan sebagai jihad di jalan Allah. Seorang muslim atau muslimah yang ikhlas dalam kesungguhannya melaksanakan tugasan ini, berpeluang untuk memperolehi darjat kematian syahid di sisi Allah.

Di antara dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadith yang membawa kepada rumusan tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam, adalah seperti berikut:

Dalil 1:
ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولىْك هم المفلحون

"Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian itu adalah golongan yang berjaya."

Ali-'Imran: Ayat 104
Keterangan Ayat:

Ayat ini (Ali-'Imran 104) merupakan perintah utama tentang kewajiban membentuk atau menubuhkan Jamaah. Perkataan ولتكن منكم امة yang bererti 'hendaklah ada satu ummah di kalangan kamu' membawa maksud umat Islam 'mestilah' atau 'wajiblah' membentuk Jamaah di mana sahaja mereka berada.

Perkataan أمة (ummah) bermaksud جماعة (jamaah) atau طأىفة (to'ifah). Definisi semua perkataan ini ialah 'satu organisasi yang jelas strukturnya' seperti sebuah persatuan, pertubuhan atau parti yang wujud di mana-mana pun hari ini.

Maksud inilah juga yang dibawa oleh perkataan صفا (soffan) di dalam ayat berikut:

Dalil 2:
ان الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berperang (berjuang) untuk membela AgamaNya dalam saf yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
As-Saf: Ayat 4

Organisasi ini mestilah jelas misinya iaitu menyeru kepada kebajikan ( يدعون الى الخير ), menyuruh berbuat kebaikan ( يأمرون بالمعروف ) dan mencegah kemungkaran ( ينهون عن المنكر ). Nilai kebajikan, kebaikan dan kemungkaran itu mestilah mengikut ketetapan Al-Quran dan Hadith Nabi SAW.

Organisasi ini mestilah menjadikan Al-Quran dan Hadith (serta ijma' ulama' dan qiyas) sebagai dasar, pegangan, sumber rujukan dan penentu kepada segala-galanya.

Dalil 3:

عن حذيفة بن اليمان رضي الله عنه قال كان الناس يسىْلون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسْله عن الشر مخافة ان يدركني فقلت يا رسول الله انا كنا فى جاهلية وشر فجأناالله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت ونا دخنه قال قوم يستنون بغير سنتى ويهدون بغير هديى تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على ابواب حهنم من اجابهم اليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال قوم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى ان ادركنى ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وامامهم فقلت فان لم تكن لهم جماعة ولا امام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو ان تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وانت على ذلك

"Diriwayatkan daripada Huzaifah bin Al-Yaman RA, katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat, kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: wahai Rasulullah! dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan ini (Islam yang datang melaluimu), adakah selepas kebaikan ini akan berlaku pula "kejahatan". Rasulullah menjawab "Ya".

Aku bertanya lagi: adakah akan berlaku pula datangnya kebaikan selepas era kejahatan itu? Rasulullah SAW menjawab "Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan".

Aku bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab: iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mereka mengikuti jalan yang lain dari jalanku. Di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang tidak kamu mengenalinya.

Aku bertanya lagi: adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah SAW menjawab: Ya, ketika itu ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam. Sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka.

Aku berkata lagi: wahai Rasulullah, terangkan kepada kami tentang sifat mereka itu. Rasulullah SAW menjawab: baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: wahai Rasulullah, apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu bersama dengan Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam).

Aku bertanya lagi: bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai Jamaah dan tiada pemimpin? Rasulullah SAW menjawab: hendaklah kamu memencilkan diri dari semua kumpulan yang ada (yang telah rosak iman dan akhlak mereka), walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman).

Keterangan Hadith:

Dalam Hadith ini Rasulullah SAW menggambarkan suasana dunia akhir zaman yang penuh dengan maksiat dan kezaliman. Keadaan itu digambarkan dengan kata-katanya "ramai yang menyeru manusia ke neraka jahannam".

Keadaan yang disebut oleh Rasulullah SAW itu sedang melingkari kehidupan kita hari ini. Seruan dan ajakan agar melakukan maksiat sememangnya berleluasa. Manusia yang mempertahankan iman dan menegakkan keperibadian Islam sentiasa dicemuh dan diganggu. Pelaku maksiat berbangga dengan cara hidup mereka yang menyanggah ketetapan Allah dan Rasul. Malah mereka bersungguh-sungguh mengajak orang ramai supaya hidup dengan cara mereka yang sesat. Dengan kata lain mereka menyeru ke neraka jahannam.

Oleh itu, apa yang perlu kita lakukan? Bagaimana kita nak menghadapi keadaan ini?

Rasulullah SAW telah memberikan jawaban yang sangat jelas di dalam Hadith ini, dengan katanya "hendaklah kamu bersama Jamaah Islam dan mengikuti pemimpin mereka (pemimpin Jamaah Islam)".

Ia bukan setakat syor atau cadangan daripada Rasulullah SAW, bahkan ia adalah perintah yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Para Ulama' Muhaddithin sepakat merumuskan bahawa Hadith ini merupakan salah satu dalil utama tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam.

Sa'id Hawa di dalam kitabnya 'Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan' menjelaskan bahawa hukum jihad untuk menumpaskan penyebab kemaksiatan yang merajalela ini adalah fardhu Ain. Ertinya, wajib bagi setiap manusia yang mengikrarkan dirinya muslim dan muslimah supaya berada di dalam saf mempertahan dan menegakkan Islam, sekaligus menggempur untuk menumpaskan penyeru ke neraka jahannam. Itulah jihad siyasi atau jihad politik yang dimaksudkan oleh Sa'id Hawa di dalam kitabnya.

Tanggungjawab tugasan ini tidak mungkin dapat dilakukan oleh orang perseorangan secara persendirian, sebaliknya mestilah dilaksanakan secara bersama dalam satu kumpulan, secara tersusun dan terarah, dengan menggembelingkan potensi semua orang yang terlibat.

Itulah intisari perintah Rasulullah SAW تلزم جماعة المسلمين وءامامهم ketika menjawab soalan Huzaifah RA.

Oleh itu kita hanya ada satu pilihan. Tidak dua dan tidak tiga. Kita wajib menyertai Jamaah Islam yang melaksanakan misi amar makruf nahi mungkar berdasarkan wahyu dan sunnah. Kita wajib memberikan sepenuh komitmen kepada misi dan visi Jamaah Islam untuk menumpaskan golongan penyeru ke neraka Jahanam. Kita wajib istiqomah bersama Jamaah Islam walau apa pun risikonya, seperti sabda Nabi kepada Huzaifah “walaupun akibatnya sehinggakan kamu terpaksa memakan akar-akar kayu (untuk meneruskan kehidupan) dan sehinggakan kamu mati kerananya, namun kamu tetap dalam keadaan yang demikian (mempertahankan iman)”.

Dalil 4:

Saiyidina Umar bin Al-Khattab RA pernah berkata:

لا اسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا امامة ولا امامة بلا طاعة

“Tiada Islam tanpa Jamaah, dan Jamaah tidak akan wujud tanpa kepimpinan, dan tidak wujud kepimpinan tanpa ketaatan.”

Kata-kata Saiyidina Umar ini merupakan penegasan yang kuat tentang kewajiban menyertai Jamaah Islam. “Tiada Islam tanpa Jamaah” boleh difahami dengan dua maksud, iaitu:

1. Tak kan tertegak Islam itu sebagai sistem hidup ( نظام الحياة ) yang benar-benar membawa rahmat kepada seluruh alam melainkan ia diusahakan oleh umat Islam secara jamaie (berorganisasi).

2. Tidak diiktiraf keIslaman seseorang itu melainkan dia bersama dengan Jamaah Islam (organisasi umat Islam yang memperjuangkan Islam sebagai sistem hidup yang menyeluruh).

Sama ada kita meyakini maksud yang pertama atau yang kedua, kesimpulannya tetap sama iaitu wajib atas setiap muslim dan muslimah agar menyertai Jamaah Islam.

Seterusnya, Rasulullah SAW turut mengingatkan kita tentang ancaman Allah terhadap orang yang enggan menyertai Jamaah Islam atau orang yang lari meninggalkan Jamaah.

Dalil 5:
من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلغ بربقة الاسلام من عنقه

“Sesiapa yang memisahkan dirinya daripada Jamaah, maka terlucutlah ikatan Islam dari lehernya.”
( Al-Hadith )
Keterangan Hadith :

Ancaman di dalam Hadith ini lebih jelas dan lebih berat lagi. Kengganan menyertai Jamaah Islam atau tindakan meninggalkan Jamaah dikaitkan secara langsung dengan status keIslaman seseorang. Islam seseorang itu sah sekiranya dia bersama Jamaah Islam dan memberikan komitmen kepada pelaksanaan kerja serta matlamat Jamaah itu. Sebaliknya seseorang itu dikira ‘tidak Islam’ sekiranya dia tidak bersama Jamaah Islam, apatah lagi jika dia berpendirian berlawanan dengan Jamaah dan menentang Jamaah Islam.

Dalil 6 dan 7 :

Oleh kerana itulah Rasulullah SAW berulangkali mengingatkan umat Islam supaya sentiasa bersama-sama dengan Jamaah, dengan ungkapan sabdanya :
عليكم بالجماعة

“Hendaklah kamu bersama dengan jamaah”
( Al-Hadith )
عليكم بالجماعة والعامة والمسجد

“Hendaklah kamu bersama dengan Jamaah, mengambil berat urusan orang ramai dan mengimarahkan masjid”
( Al-Hadith )
Dalil 8 dan 9 :

اياكم والفرقة وعليكم بالجماعة فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين ابعد، من اراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة٠

“Janganlah kamu berpisah (daripada jamaah), dan hendaklah kamu bersama dengan jamaah (beriltizam), kerana sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang menyendiri, manakala ia (syaitan) lebih menjauhkan diri daripada dua orang (yang bersama). Sesiapa yang inginkan kedudukan di tengah-tengah syurga, maka hendaklah ia beriltizam bersama jamaah.”

( Al-Hadith : riwayat Tirmizi, dalam Sunannya, 9:10 dari Hadith Ibnu Umar)

يد الله مع الجماعة

“Tangan (naungan, pertolongan dan keberkatan) Allah bersama dengan jamaah.”

( Al-Hadith : riwayat Tirmizi )

Dalil 10 :

وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠

“Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah.” Para Sahabat RA bertanya: “Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?” Baginda SAW menjawab: “(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim.”

( Al-Hadith : riwayat Ahmad )

وانا امركم بخمس امرنى بهن؛ بالجماعة والسمع والطاعة والهجرة والجهاد فى سبيل الله، فان من خرج من الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الاسلام من عنقه الا ان يرجع٠ قالوا׃ يا رسول الله! وان صلى وصام؟ قال׃ وان صلى وصام وزعم انه مسلم٠

“Aku perintahkan kepadamu lima perkara yang telah diperintahkan oleh Allah kepadaku, iaitu: berjamaah, mendengar (perintah pemimpin umat atau pemimpin jamaah), mematuhinya, berhijrah, dan berjihad di jalan Allah. Sesungguhnya orang yang keluar daripada jamaah sejauh hanya sejengkal, bererti dia telah melepaskan ikatan Islam daripada lehernya, sehinggalah dia kembali semula bersama jamaah.” Para Sahabat RA bertanya: “Wahai Rasulullah, (apakah begitu kedudukannya) walaupun dia solat dan berpuasa?” Baginda SAW menjawab: “(Ya), walaupun dia solat dan berpuasa, serta menyatakan bahawa dia seorang muslim.”
( Al-Hadith : riwayat Ahmad )

... bersambung ke siri 2 ... Dalil 11-18
6:51:00 PG | 1 ulasan | Baca sepenuhnya