Mandom, Ceroi, Merajuk ... Sampai Bila?

Written By marhain jelata on 26 November 2009 | 12:29:00 PTG

Ceroiiiii.. antara istilah popular yang biasa kedengaran di pentas ceramah PAS di kawasan Beruas suatu ketika dulu. Penceramahnya tak lain tak bukan, Ustaz Shahril Long.Kini, ianya jadi nostalgia. Ustaz Ceroi ni pun dah lama tak menjengah muka ke kawasan ini. Bukan tak mau mengundang, tapi ada pasai tertentu yang menghalang..

Namun hakikatnya KECEROIAN atau KEMANDOMAN tersebut sentiasa melanda PAS Beruas tahun-tahun kebelakangan ini. Apa yang ceroinya? Macam-macam. Dari gerakerja parti sehinggalah komitmen pimpinan dan ahli-ahli. Ianya digaul uli pula dengan rajuk tua yang silih berganti.

Kenapa fenomena ini berlaku sekarang? Tidak dulu. Tidak di zaman Almarhum Ustaz Jaafar Puteh, Hj Zainudin, Almarhum Ustaz Ali, Almarhum Ustaz Saad, Almarhum Pak Mat Pistol dan yang seangkatan dengannya, yang terkenal dengan semangat juang yang tinggi. Mereka yang bergerak hanya dengan basikal dan berjalan kaki. Yang berdepan dengan caci herdik UMNO. Tak ramai pun. Hanya sekelompok di Sg Batu, beberapa kerat bersama Pak Lang Dot di Panchor dan segelintir penyokong setia di Bt 36 Beruas.Tapi tetap konsisten dengan perjuangan. Bertanding walaupun logiknya akan kalah. Kerana pada mereka itulah satu-satunya jalan yang digariskan oleh parti untuk menegakkan hukum Allah.

Berbanding dengan kita... hebat.. ada kemudahan serba-serbi dan punya penyokong serta simpatisan dari pelbagai kaum.Hampir-hampir menang pilihanraya. Tapi, jiwa kita kecil dan ceroi. Cepat melatah dan merajuk. Malu kita mengaku pendokong jemaah penyambung obor gerakan Islam kalau nak dibandingkan dengan mereka.

Apakah puncanya semua ini? Semuanya berpunca daripada sikap dan niat kita. Pergantungan kita kepada Allah semakin kurang. Majlis-majlis berbentuk kerohanian semakin jarang diadakan. Pembinaan ukhuwah terabai. Pimpinan tidak turun ke bawah. Kebanyakan hari disibukkan dengan gerakerja dan majlis politik semata-mata. Akhirnya jiwa menjadi letih dan lesu.

Akibatnya.. Akan tiada perancangan. Gerakerja jemaah tidak dapat berjalan. Persepsi masyarakat akan bertambah negatif. Logiknya, PRU 13 akan kalah lagi. Silap-silap dari kalah 14 undi akan jadi 1400 undi! Paling ditakuti, murka Allah yang kita perolehi, di atas kecuaian amanah dan tanggungjawab yang disanggupi.

Apa tindakan kita? Kalau kita menginginkan redha Allah, kita mesti berubah. Mengubah segala tindakan dan sikap kita, juga niat kita. Mari kita kembali kepada gerakerja asas perjuangan ini. Gerakerja asas perjuangan Islam. Gerakerja yang meletakkan kepentingan ukhrawi melebihi kepentingan duniawi. Menyemai ukhuwah dan menghindari telagah. Disamping meningkatkan pengetahuan berorganisasi dan bersiasah.InsyaAllah, dunia akan kita gapai apabila akhirat kita belai..

0 ulasan:

Catat Ulasan